Pages

Ads 468x60px

Wednesday, October 31, 2012

Blogger Zack Zukhairi nak bunuh kucing?



Salam semua..minta maaf setelah sekian lama menyepi lagi...
bukan ape, walaupun masih dalam mood raya lagi dan pastinye hari tu,
aku sibuk pergi korban lembu.
atas permintaan ramai, aku kena la tolong.
jadi tak sempat nak update sebab aku gigih pergi kejar lembu.
dia main kejar mengejar plak dengan aku noks. eh cilak betul..
jadi tak sempat la aku nak menaip entry sebab lembu tu punya pasal la..
mintak ampun yer..

*****
Mukaddimah da habis, ceritanye yang sebenar nak bagitahu adela
kisah yang mamat sorang ni..
setelah sekian lama menyepi dan menghilangkan diri akhirnye muncul jua.
sape tak kenal dengan mamat ni ZACK ZUKHAIRI 
yang selalu mencetuskan konspirasi dan kontoversi setiap kali entrynye dikeluarkan.

sape tak kenal aih mamat ni...hempuk kan!!hehe

aku ni duk menunggu nak tumbuh da janggut aku(aku ade janggut ke)
setelah sibuk duk melayan fesbuk tadi ade la ternampak post dari beliau tentang entry baru nye.
mak aih, aku rase nak campak je keyboard dan pc aku ni setelah bace entry beliau.
aku sangka kan sebab ape la beliau menghilangkan diri..
rupanye ade kisah di sebalik persembunyian mamat ni.

papepun kisah mamat ni ape sebab dia hilangkan diri tak tahu la betul ke tidak.
anyway dia muncul jua. Terima kasih la sebab tidak menghampakan rakan2 blogger beliau yang lain
yang tak jemu2 duk pujuk beliau muncul kembali..finally!!




ok tak nak cakap banyak..nak masak daging plak, tak tahu menu ape da nak buat ni...
habis menu da aku masak daging ni..any ideas??






Thursday, October 25, 2012

Label untuk lelaki



Kisah hari Ini :


Muka jambu jer dilabel "GAY". 
Muka ganas jer dilabel "MAT REMPIT". 
Muka kacak jer dilabel "PLAYBOY". 
Muka comel jer dilabel "LEMBIK". 


Tak kesian ker kat lelaki yang dah tak tahu nak buat "Muka" apa lagi supaya tak dilabel dengan pernyataan-pernyataan di atas?...kikikiki


-KBBTV-

Monday, October 22, 2012

Sup Gearbox, Piala Malaysia


Maghi maghi, ambo nak royak ambo ade buat sup gearbox...
pakat maghi make rama rama deh...

Hok aloh, mimpi gapo pagi pagi nok kecek kelate ni.
ambo buke gapo, gara gara kelate mene Piala Malaysia
ambo pun nok ucap tahnioh lo.
yolo doh kot ambo kecek kelate ni.huhuhu.


Mari nikmati sup gearbox saya buat sebelum piala Malaysia bermula.kikiki
Dek kerana anak kesayangan ayah saya ni nak balik kampung,
so ayah saya sempat carikan tulang ni nak masak sup.hahaha.
terharu bagai nak rak sangat.
dia tahu anak dia suka masak dan makan sup tulang ni.

So, aku pun balik je terus masuk dapur dan masak sup tulang gearbox ni.

pape pun, dek kerana sis Hainum OKje duk ngepost makanan je,
terase tercabar la plak.hehehe.

Terasa juga pabila sorang blogger blog to shout blog till drop ni yang sibuk citer pasal pasembur.
kita pun kenal dan masih lagi panggil dengan nama tu ye.



Mintak maaf kepada semua blogger kesayangan saya, 
lama sudah tidak ku hupdate belog ni di sebabkan kekangan mase..
terima kasih kepada yang sentiasa singgah di blog ni.
anda telah menghilangkan sawang di blog ni..hoyeahhh...



Tuesday, October 16, 2012

Nuffnang bergaduh dengan Adverlets


Adverlets bergaduh dengan nuffnang hanya dalam blog ni je ye.hehehe.bukan kat luar tau..
Sebelum tu, kalau2 mane yang perasan yang kawan rapat dengan blog ni la,

sebelum ni saya ade pasang dua iklan dalam satu mase. iaitu adverlets dan nuffnang.

Cerita dia camni. mase mula2 start blogging dulu sibuk la kan terjah blog orang tengok ramai yang pasang banner bergerak gerak tu, ape ke mende tak tahu la.jadi buat saya tertanya tanya.

jadi search punya search rupanye ia adalah iklan, dan bole dapatkan bayaran.
terus la mata saya jadi makin bulat bersinar la kan bila dengar je bole buat duit..

terus la nak buat jugak, mula mula terpikat dengan nuffnang ni. nah amik 3 sekali aku letak iklan kat dalam tu.punya la syok..
contoh iklan dari nuffnang berdasarkan entry yang di post di blog masing2.


then tetiba dengar plak ade persaingan iklan setanding nuffnang iaitu adverlets. gogel2 tengok ramai jugak yang pakai ni.

ape lagi terus tukar pakai dua sekaligus kat dalam blog ni.. ape yang sedihnya,
status glitterati saya terus terlucut...dah turun pangkat...ahaha.

Contoh iklan dari adverlets

Now, seriously it make confius. arghhh rase nak tarik tarik je rambut ni sambil gigit jari. saya jadi tak tetap pendirian ok nak amik yang mane satu.

So saya buat la kajian kan, saya tahu ramai kat luar sana tu dah banyak tahu pasal ni..

tapi saya nak kongsi jugak la info menggunakan kedua dua iklan ni....even saya pun belum dapat payment lg dr dua dua pihak ni.ahahaha.


Nuffnang

Bagi saya, kalau korang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging ni, lebih baik korang prefer nuffnang daripada advertlets. Sebabnya, blog korang masih lagi baru. Jadi content pun belum banyak, apatah lagi nak cari trafik kan?
Nuffnang akan bayar korang berdasarkan trafik dan jumlah klik. Walaupun trafik korang sikit, tapi mereka tetap akan bayar mengikut masa kempen sesuatu iklan tu ada dalam blog korang. Tapi jangan lah main klik-klik iklan di blog orang lain. Ia boleh merugikan syarikat nuffnang tu sendiri. Kalau nuffnang dah lingkup, korang nak join apa pulak nanti?
Memang pada awal nanti earning memang lambat naik. Tapi lama-lama nanti, bila dah ada content blog yang best dan trafik yang mantap, korang akan diberikan buffered earning. Ini yang membuatkan earning korang akan bertambah masyuk.
Kalau korang nak pasang iklan nuffnang, pastikan korang tidak pasang iklan advertlets dalam satu blog yang sama. Ini akan membuatkan status glitterati korang akan hilang. Banyak keistimewaan status glitterati bagi nuffnanger tau.
Adverlets
Bagi saya, sesiapa yang rasakan blognya mempunyai trafik yang mantap sampaikan boleh jejak 100 visitor setiap hari, bolehlah cuba pasang advertlets ni. Advertlets ni akan masyuk bila trafik korang tinggi. Kalau nak cecah RM0.50 pun senang walaupun blog korang tak berupdate. Asalkan trafik mantap.
Yang tak bestnya advertlets ni, dia tak ada analytics macam nuffnang. Jadi terpaksalah guna google analytics kalau nak tahu keyword dan trafik korang. Analytics trafik advertlets pun simple je.
Jadi dengan ape yang simpulkan, so lebih baik la saya setia dengan nuffnang dulu, sebabnye trafik saya masih lagi belum tahap tinggi.masih lemah lagi. nanti trafik dah gempak mungkin akan beralih arah pada advertise lain kan.hehehe.
Yang pentingnye, isi kandungan blog korang adala segala galanya.

p/s: semua ni hanya iklan semata mata ok. jangan la sebab ni niat korang berblog lari dari niat sebenarnya... teruskan blogging dengan ikhlas.
kredit:aizudin






Monday, October 15, 2012

Pageview telah berubah!!??





Pagi ni buka belog aku, tengok tengok pageview aku...mak ai, 3 pageviews jer?? 
ape kah yang terjadi ni? 
Ade perubahan kah?



Punya la tengok dekat setting kot kot  ade yang tak kena
muka dah cuak ni...
ape nak buat??

punya la susah nak kumpulkan bloggers nak view kita punya belog ni
susahnye jangan cakap la, usaha titik peluh selama ni..

akhirnye terbuka belog abg Hasrul Hassan
tak sangka beliau pun alami nasib yang sama..
dan ramai lagi alami nasib sama..

korang cuba check belog korang
sama ke terjadi dengan belog aku ni.?

fenomena apakah yang berlaku ni???




Thursday, October 11, 2012

Impian Mampu - Abg Stalker


Ishh da lama bebeno saya tak masuk segmen or contest ni
Tapi saya dengan berbesar hati tak nak menghampakan sis Hainum Okje..
sebab dia dah tertagged saya...hehe

Sebenarnye bila bace contest tu tertarik jugak nak join
sebab ape? sebab contest ni kira beramal jariah gitu
mane mane yang kedekut nak keluarkan duit tu jangan risau
contest ni bukan mintak anda keluarkan sesen pun.

sebaliknye lagi banyak penyertaan 
lagi banyak tuan rumah akan keluarkan duit untuk dikumpulkan 
dan didermakan kepada tabung kebajikan anak2 yatim

Dah panjang mukaddimah tu, kita terus pade adat resam contest ni la
Dianjurkan oleh Abang Stalker (mungkin kejenye stalk blog orang je)hehehe

Klik picture untuk join ea.


Tu dia abg stalker kite..mesti funny orangnyer

dia ade mintak sambungkan ayat ni.. IMPIAN SAYA ADALAH: SAYA NAK TUNAIKAN SEGALA IMPIAN SAYA YANG TAK TERCAPAI SEBELUM NI...kikiki..bole tak camtu abg stalker??

ok da..janji masuk contest kan.. contest expired 30 November 2012

So mintak tag 3 orang..saya tag randomly la: Abg Piko. Hazwani dan Aku 











Wednesday, October 10, 2012

Heritage Store, Hanya RM30 dah boleh Shopping!!



Well, sebelum ni saya ade duk review pasal blog rakan2 jer kan. 
Dalam mase satu hari lebih kurang dari 20 buah blog disinggah. 
Bab kata, tak singgah tak sah hidup blog saya ni. 

So, hari ni ade kelainan cikit, seperti yang direquest oleh pihak tersebut,
sy bukan nak review pasal blog rakan2 k
tapi nak promote salah satu website shopping secara online terbesar kat Malaysia ni iaitu.


Bole klik banner jugak untuk shopping

So, hal2 makan minum saya rela diketepikan.
sanggup dan rela kebulur demi mempromote website ini.
so korang kena terjah tau, supaya tak sia2 saya kebulur kat sini.
lagi buat saya sayang kat korang tau...ecece.

So saya nak eksplen cikit la pasal website ni.
www.myheritagestore.com adalah 1 rangkaian membeli-belah secara online, 
ia merupakan tawaran barangan pada harga yang sangat berpatutan,(murah tau)
Dan jangan risau, bila beli barang kat sini adalah tanpa kos penghantaran 
dan paling syok ia ada pemulangan barangan tertentu dalam tempoh 7 hari (mengikut terma dan syarat). 

Sebarang pertanyaan 
anda boleh like di fesbuk fanpage: http://www.facebook.com/myasianethnic

Saya dah terjah, anda?
saya tak paksa korang beli online ni, tapi sila la singgah untuk cuci mata dan kasi rambang mata
jangan sampai terbeliak biji mata hokey..hahaha


Ladies ape lagi, mulakan tugas anda untuk mencuci mata 
and for guys, anda bole jugak terjah
mane tahu bole bagi idea untuk kasi barangan istimewa untuk yang tersayang..kan..kan..
maklumla, girls suka hadiah accessory dan baju2 ni..hehehe






p/s:Tak sabar nak gunakan diskaun yang diberikan utk saya..hehe






Tuesday, October 9, 2012

My Lover's


Tajuk kat atas tak de kena mengena dengan hal peribadi yer :-)
Sebenarnye bila melihat pada blog sis Hainum Okje ni,
dia ade citer pasal anugerah top commentors dia.
dan aku pun tercalon kat dalam tu, tapi kategori suam suam kuku jela.hehehe.
maklumla baru berjumpa dengan blog beliau(bukan dengan tuan blog ea)
entah bila dapat berjumpa dengan sis ni.

jadi aku pun tertarik la nak buat jugak top commentors ni.
bukan ape nak hargaila mereka yang sudi datang ke blog sambil mengomel kat sini

google punya google jumpa la yang macam ni.
nak yang bese bese je.
yang macam sis tu macam rumit cikit nak buat.
terima kasih kat sumber saya iaitu Abang hanif :-)
yang mengajar buat tutorial ni

so aku pun gigih la buat tutorial ni kat sini
sebab aku nak tukarkan link widget kat dalam tu
supaya terus link kat blog aku..hehehe.
abg hanif jangan marah yer.

macam ni la rupa dia

haa gedabak besar aku tepek kat sini kan,
supaya korang tahu siapa yang aku sayang kat dalam blog ni.hehe.
yang lain pun sayang jugak, aku selalu jugak singgah kat blog selain dari nama kat atas tu.
aku support semua rakan blogger aku tau

nama aku memang tak asing kat dalam tu,
sebabnye setiap yang di komen pasti akan di balas(promote baik cikit)hahaha
tapi banyak plak name aku, mungkin guna nama yang berlainan kot...
tak sangka plak En Segala menggungguli carta top commentor ni.. thanks for your support ye :-)

mungkin nanti ade rakan baru yang sudi support dan mungkin carta akan bertukar..
siapa yang tahu kan.?


Hugs korang semua macam kerang busuk T_T





Tutorial membuat top commentors widget


Even korang semua da ade widget ni,
dah lagi terer dari aku sebab da ade widget ni..
tapi aku nak buat jugak..
sebab aku kena ade link blog ni.

aku da lama cari tutorial ni. thanks to abg hanif
bagi ajar tutorial yang betul2 mudah nak buat.

so jom ikuti tutorial ni :

1. pergi pada Dashboard-klik pada layout

2. klik add a gadget

3.Pilih HTML/Javascript

4. Copy code di bawah ni :

<!-- Top commentators widget v1 Start -->
<script type="text/javascript">
function getYpipe(feed) {
document.write('<ol>');
var i;
for (i = 0; i < feed.count ; i++)
{
var href = "'" + feed.value.items[i].link + "'";
if(feed.value.items[i].link == "")
var item ="<li>" + feed.value.items[i].title + "</li>";
else
var item = "<li>" + "<a href="+ href + '" target="_blank">' + feed.value.items[i].title + "</a> </li>";
document.write(item);
}
document.write('</ol>');
}
</script>
<script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?
YourBlogUrl=http://norzillasensei.com
&ExcludedNick1=
&ExcludedNick2=
&ShowHowMany=10
&_callback=getYpipe
&_id=23022d7836bf2dd3c10a329feb9be26a
&_render=json"
type="text/javascript"></script>
<span style="font-size: 80%; float:right;">Get this <a href="http://norzillasensei.com/2012/01/bagaimana-membuat-top-commenter-widget.html">widget</a></span>
<!-- Top commentators widget End -->





Setelah selesai copy, tukarkan code diatas


YourBlogUrl= URL blog anda

&ShowHowMany=10 berapa banyak bilangan komentar yang anda mahukan


Lepas tu save ye, 

jangan lupa preview dulu baru save k.


ooh ya, korang nampak ade link blog saya kan di bawah code tu
itu untuk widget yang anda guna dan secara tak langsung mereka yang nak dapatkan widget tu akan ke link 
blog saya..hehehe

papepun anda bole tukar kan link blog saye tu dengan link blog anda, dan pastikan anda ade buat tutorial
pasal widget ni baru bole link kan ke blog anda
harap dapat membantu :-)



selamat mencuba





Monday, October 8, 2012

Bedah Tong Gas# Super duper lawak


Sebelum mula aku menaip ni aku nak gelak dulu
mengenangkan aksi Bedah ni yang super lawak..hahahahaha
Korang ade tengok tak cerita ni malam tadi?
Siar kat TV3 kul 9 malam..





Serius lawak memang tak hengat la.
tak kering gusi aku duk tengok cerita ni.
korang jadi macam aku tak? hahaha..mestila tak kan?.
Sebab korang tak sengal macam aku..hahaha

Sebenarnye cerita ni da main kat tv tahun lepas
tapi oleh sebab anugerah Skrin da nak dekat
so diorang siarkan la drama ni.

malam tadi da la takde peneman
so aku layan la citer ni..huhuhu

Lakonan hebat oleh Noorkhiriah, Jalil Hamid, Bell Ngasri, Shanie
dan beberapa lagi pelakon yang memang super lawak dalam citer ni..

Kisah cerita ni mengisahkan seorang gadis bernama Bedah
yang memiliki ijazah Psikologi,
tapi berbisnes dengan berniaga tong gas dikampungnye sebab nak jaga mak dia.
memang canggih bisnes bedah sampai  urusniaga dalam fesbuk.
wakakaka.
paling suka bila bedah bawak motor 
sampai tekangkang kaki... memang sengal la..hahaha












                     part yang paling kelakar....haha

Gigih jugak nak tahu sape punya keje buat skrip ni kan
Kot kot la dia punya penulis skrip ni dari seorang blogger terkenal ni 
iaitu Mak Dara. mane tahu kan.
so aku dapat la orang ni.



             Penulis skrip Bedah Tong Gas: kiri sekali Fairuz Padoli

Moga Bedah Tong Gas dapat pulangkan award dalam anugerah Skrin
paling suka Noorkhiriah dapat anugerah wanita paling lawak..hahaha



p/s: saya gigih jugak nak update blog ni.


Kredit to Mak Dara n Azieazah









Wednesday, October 3, 2012

Bibir saya menawan dengan lip collagen mask!!


Bibir yang tidak cantik adala mimpi ngeri bagi setiap wanita
Termasuk la aku...ngeh2
Sebelum ni aku bagaikan mengalami mimpi ngeri
Dimana bibirku teramatla kusam, menggelupas dan kering kontang
eee ngeri kan..

ni zaman sekolah sekolah dulu la selalu jadi camtu
selalu idamkan bibir macam angelina jolie nih..
bibir dia kn sentiasa menjadi pujaan ramai orang
seksi la katakan...




gigih punya gigih nak sangat bibir cantik kan
usaha la cari pape petua or produk yang ok
yang selamat dicuba dan selamat dipakai

bukan nak kejar pada kecantikan, bersyukur dengan ape yang ade sekarang
cuma, nak mengelakkan bibir dari terus kusam dan menggelupas
so, adela terlihat satu produk ni
terus nak try..

gigih la jugak suruh kawan tolong belikan
beli terus dengan manufacturer...lagi murah la dapat kan..
tunggu punya tunggu sampai la produk tu..



                               Ni la rupa Lip collagen mask tu.

Beli hari tu satu pack.ade la dalam 10 kat dalam tu
pakai dalam 4 or 5  keping jgk la ari tu,
yang lain semua adik beradik da kebas
punya la excited nak pakai jugak...

tak sempat nak snap gambar cara nak pakai mask ni
kalau pakai memang tenggelam la semua bibir tu
punya la besar...hahaha
serius bila pakai bau dia wangi, sejuk dan lembut sangat

dan hasilnye...bibir tidak lagi menggelupas dan kering
lembap macam ade gel jer kat bibir tu..ahhaha.




ni gambar aku yang real...bukan angelina jolie lagi yer.
hanya nak fokus kat bibir je...
ni tanpa secalit lipstick, takde lipbalm n takde lipgloss k.
bila da crop gambar jadi tak bape clear la sikit..hehe

So hasilnye bibir jadi lembap la..
kini tidak lagi menggelupas dan kering..
Dah bole bagi flying kiss to all bloggers da..ahhahaha



P/S: produk  ni saya tak jual yer. belum tahap nak jadi businesswoman lagi..lol#