Pages

Ads 468x60px

Tuesday, July 31, 2012

"Char kuey Teow Dejavu di Teganu"

Sempena dengan drama yang tengah hot di TV3 sekarang ni iaitu Dejavu di Kinabalu....hohoho.. tak semena mena aku bagi nama resepi masakan char kuey teaw aku ni resepi "Char kuey Teow Dejavu di Teganu"....hebakkk ah..ahaks..ala ala drama gituuu..maklum la orang teganu  :-) 

Resipi ni aku masak untuk berbuka puase semalam.. tapi hari ni baru terhegeh hegeh nak kongsi kat korang..mintak maaf la ye...tak de niat pun nak memakruhkan puase korang semua ea... T_T.. sekadar nak berkongsi resipi cincai yang aku gigih nak buat ni.....hihihi


Ehsan: kamera tepon Samsung murah aku je...so gambar tak bape nak cantik..hohoho.


Nampak gambar tu kan, so ni la resipi yang aku cipta sendiri, lepas makan tu memang menjilat jari dan pinggan2 sekali...memang ohsem la..(mood puji diri sendiri)..hihihi

Bahan-bahan :
Kuey Teow(mee) 
Udang( ikut suka bape banyak korang nak)
Ayam( nak letak bole tak letak pon bole. ni aku letak sikit nak mempelbagaikan lg)
Taugeh
Sawi( nak letak bole tak letak pon bole)
Tomato
Cili padi(nak pedas bole letak)
Sos tiram
Kicap pekat
Sos cili
Garam
Gula
Lada hitam (serbuk)
Telur(1 biji)

Bahan Kisar(untuk goreng):
Bawang merah
Bawang Putih
Cili Boh

Cara masak:


1.Mula mula rebus dulu udang sehingga kemerahan, bila siap toskan udang dan amik air rebusan udang itu..(air rebusan ikut banyak mane kuey teow yang nak masak)masukkan sos tiram, kicap pekat, sos cili n serbuk lada hitam secukup rasa kat dalam air rebusan tu dan kacau...biarkan seketika...

2.Untuk mula menggoreng, panaskan kuali, masukkan bahan kisar dulu ye. lepas tu masukkan udang dan ayam.goreng sehingga masak...

3.Masukkan air rebusan itu tadi, pastikan sebelum masuk air itu, pecahkan dulu telur kat dalam air rebusan itu dan kacau laju2 hingga pecah dan sebati(kalau tak nanti kuah tak pekat n tak cantik).pastu baru masukkan dalam kuali..

4. Then masukkan garam, gula secukup rasa dan segala sayur mayur dan kuey teow,. kacau sekejap then tutup api, kalau biar lama nanti cepat kering..

5.Da siap....tadaa


Faham tak? ye cikgu... faham!! (kalau faham anguk-anguk kepala cikit ye...hihihi) 


Selamat mencuba