Ads 468x60px

Wednesday, February 22, 2012

KELIRU DENGAN CARA LETAK UNDERWEAR LELAKI DAN PEREMPUAN DI MALL???

Ini bukan kisah 18sx hanya tontonan U sahaja..hahaha. Sebenarnya, adalah seorang hamba ni terkeliru dengan cara meletakkan underwear lelaki dan perempuan di mana-mana mall yang ada di malaysia ni. Kalau kita tengok, kebanyakkan underwear lelaki di simpan kemas kan dalam kotak, tapi tidak bagi underwear perempuan yang di letak kan berlonggok-longok, berlipat or tergantung. Jadi di sini ada berlaku diskriminasi kn?? kenapa ea? Betul ke diskriminasi?

Tapi sebenarnya, kalau difikirkan ada sebab jugak kenapa di letakkan macam itu.hmmm :/.. Pada pandangan sesetengah orang tu kenapa underwear perempuan di letakkan terbuka dan berlonggok seperti itu, adalah di sebabkan ini, cuba review di bawah ini, mungkin boleh bagi jawapan kepada persoalan itu.  







Kita bandingkan pula bila lelaki yang nak beli underwear diorang...




Haa, terjawab cikit kan? Laki biasanya tak kisah jenis material ngan corak ni.. diorang akan beli yang diorang dah familiar. Size dan bentuk spender lebih penting pada diorang berbanding warna,corak dan hiasan2 pada spender. Selalunya dah balik rumah baru diorang tengok kaler apa yang diorang dapat. Kalau dapat kaler faveret, bertuahlah. Kalau tak dapat, nevermind.tetap pakai.LOL!!





Monday, February 13, 2012

RENUNGAN SEKETIKA.......


Bismillahirrahmanirrahim.........


Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.


Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.


Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.


Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.


Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas kurnia itu.


Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.


Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.


Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.



Sekian~~~~

Wednesday, February 8, 2012

BILA DATUK SITI BERTUDUNG, MUKA BELIAU SAMA MACAM AKU..ngeee

Untuk info, sebenarnya belog aku tak de buat post pasal hiburan-hiburan ni, tapi di sebabkan aku tertarik
 dengan Datuk Siti bertudung litup ni, terus rasa terpikat dan nak buat entry pasal beliau,   

Alahai, tiada kata mampu di ungkapkan bila aku tengok Datuk Siti bertudung. Tersangat la comellll dan ayuuuu gitu. sampai aku tengok pom geram nak cubit jer pipi dia.hihihi~~dah berangan cubit pipi dia nie**(macam la dapat).. Dahla, bila dia bertudung muka dia sama dengan aku.ngeh3.perasan betul. Alangkah indah nya kalu Datuk Siti akan terus bertudung litup macam ni. Confirm ramai lagi penyokong dan akan terus terikut-ikut dengan gaya muslimah nya yang comel. maklumla kalau dia pakai macam ni boleh la ramai yang buat dia jadi role model kan??nak-nak dengan fashion muslimah sekarang ni dengan macam-macam design. 
Gambar ni diambil masa beliau tengah buat persembahan di Taman Tamadun Islam, Terengganu baru-baru ni.(ruginya tak de kt kg halaman sendiri.ececece.ngeee.. jom layan






Ayu kan muka dia time nie, tetiba aku rasa muka aku sama dengan die..ngeee.

Alahai, comel nyer.. 





* kredit to dominasilelaki

Thursday, February 2, 2012

BILA AKU JUMPA DENGAN JENAMA TERKENAL

Bila tajuk entry di atas dah tak boleh belah.hahaha. Korang mesti dah pergi sana kan? aku je yang belum
 sampai, dah sampai mula lah buat muka kedarat(faham tak?, tak faham tak apa lah:-)).. secara tak sengaja aku telah terpegi dekat tempat ni, rasa nya tak perlu lah aku mention kot, ala korang mesti dah tahu kan.hmm. mana yang tak tahu boleh tanya.hehehe. asal nya pergi tengok wayang je kot, tengok pulak cerita entah pape. Malaysia ni kaya dengan cerita-cerita hantu khurafat je kan.( dah tahu takut tak payah la nak komen-komen cerita orang) yang aku pergi tengok jugak tu buat ape kan..eee mengada betul.hmm.

Akhir nya ketakutan aku dapat di bendungi bila aku jumpa ini tempat, mula la dengan pelbagai gaya nya.hahaha. sampai naik juling mata aku tengok harga barang-barang mewah ni. Tak dapat beli lagi tak ape la, pergi survey dulu(padahal tak mampu) maklumla aku ni bukan artis yang nak berbelanja mewah sampai membazir duit.huhuhu.

Hanya mampu bergambar



Tiba-tiba ternganga mulut tengok dia punya harga.huk..huk..huk
Model iklan di luar sahaja.hehe






*Bila la dapat mampu pakai semua jenama ni.