Ads 468x60px

Monday, April 30, 2012

segmen by Cik Buaya : follow rakan blog sambil menang topup


You guys nampak tak banner comel ituee.. ini sebenarnya segmen yang di create oleh Cik Buaya (pelik nama dia kan.!!!!) .

Tak semena mena hari ini saya rajin nak mengjoin segmen rakan rakan blogger. Tahniah Cik Buaya kerana telah menarik minat kita untuk join kerana kecomelan banner itu..hahaha..

Sesiapa yang rajin nak join segmen ini jom. Cara nya pun mudah tak perlu la nak tag sape2 ea. 

Kepada mereka yang berminat bolehla klik pada banner di atas untuk syarat syarat nya. tak perlu nak cerita dalam ini la kot. Dan kalau nak tahu ada disediakan hadiah yang menarik jugak untuk anda yang join.


*sekadar nak tambahkan rakan dan merapatkan silaturrahim antara bloggers yer



Sunday, April 29, 2012

INGIN KELIHATAN CANTIK TANPA MENGELUARKAN WANG RINGGIT

Bismillahhirrrahmanirrahim......

Seperti yang sedia maklum, yang setiap orang ingin sentiasa nampak cantik, yang ingin di lihat seperti bila sekali di pandang nampak manis, dua kali pandang nampak comel, tiga kali pandang nampak kelabu asap(comot)..hmmm perkara yang sentiasa meresahkan wanita..kot..(tidak termasuk aku)....alahai..

Kerana mahu kelihatan cantik mereka sanggup berhabis habisan mengeluarkan wang saku, duit gaji, duit mak ayah untuk membeli produk produk atau pergi saloon (yang ni memang termasuk aku la.:-).) padahal hasil yang dapat tetap tidak memuaskan hati...kan? kan? ..

Kini tidak lagi, nah aku sediakan petua petua yang menjamin korang tidak perlu mengeluarkan wang poket, cuma antara rajin dan malas je.. so rajin rajin la kita amalkan bersama ea, agar kita sama sama nampak manis dan berseri bila di pandang....('-')



Tuesday, April 17, 2012

RESIPI MELELEH AIR LIUR...

My readers....


Entry diatas memang tak boleh belah..hahahaa. pernah tak petang petang anda selalu kuar pegi makan or hirup sup panas...eeee nyummy..~~sambil mulut terkumat kamit..~~ aku dah nak meleleh air liur. slirrrppp!!!.hahahaha.


Aku kat sini bukan nak kongsi resipi, sekadar nak kongsi pengalaman aku pergi makan petang bersama kengkawan, bese la da balik kampung dari jauh ni kan,ahaks...jauh ker???... masa ni la nak menghabiskan aktiviti bersama kawan kawan sekampung..


Kalau petang tak menghabiskan masa bersama diorang memang tak sah... mula la aku membelek Nokia( tepon murah jer) dan mula sibuk mencari kawan kawan yang masih berhibernasi di kampung.. ishhh.. kalau diorang baca ni mau diaorang lempang aku lelaju..bish!!!!!....mak ai.. tapi kadang kadang aku rindu jugak kat korang ni... bila la dapat bersama makan sup petang petang lagi..almaklumla ramai member aku yang dah mendirikan rumah yang tak berapa ada tangga tu..haishh..






Tuesday, April 10, 2012

PLATE WWW 1........


Kenapa hari ni nak berbincang pasal plate kete plak ni.. Tak semena mena aku pun rasa nak pakai plate yang di katakan huruf tercantik bila di pakai pada kenderaan. Kerete aku plate WVW pun jadi la(dahal nak promote plate jugak)...heh.

Terkini, ramai pengguna kenderaan menantikan plate WWW iaitu tranformasi kepada singkatan World Wide Web... gojes la.

Terkini untuk pengetahuan, WWW 1..(wow tersangat la lawo) di perkatakan telah mencecah nilai RM500 000 bidaannya.(sumber kosmo)..... dan tendernya akan di buka pada 30 April ni. Namun sudah ramai yang membuat tawaran nombor ini walaupun tender belum dibuka lagi.... rasanya hanya golongan elit je kot yang bid tender plate ni.. Dan Sekarang Golongan yang membuat tawaran ni di katakan harga bidding nya dah pun mencecah RM400 000...haish..betul ke ni..cubit pipi ku.. sanggup nya membazirkan duit kerana plate itu.

Mesti la golongan elit kan, kalu kau Nor Zilla Sensei mesti la tak mampu, kerja kau hanya makan gaji dengan orang jer. kadang kadang pun makan gaji buta jugak..(ye ke??)hahaha

Mak aiii, gila la kalau orang yang beli plate ni.. kalau aku tak sanggup la...rela pergi habiskan duit tu pergi bercuti or honeymoon kat korea.. Perasan je lebih aku ni,mana la nak dapatkan duit banyak tu....haish..


PLAT termahal dunia, '1', yang berharga RM43.7 juta dibeli oleh jutawan Abu Dhabi, Saeed Abdul Ghaffar Khouri (gambar kecil) pada 2008 dan dipakai pada kereta kesayangannya, Bugatti Veyron.
Sumber:Kosmo





Thursday, April 5, 2012

BAB KATA ULTRAMAN .HEADER...BERTUKAR SEKARANG!!!

Menaip....




Dek kerana hari yang semakin hari semakin menghari hari ni cuaca yang tidak menentu hari hari.."apa aku merepek ni" berapa banyak hari da..ada la yang nak kena penampar sebijik kan.....eee mengada ngada la kau Nor Zilla Sensei wea.


Ok, "straight to the point" mak aii, kelahh ko jah, speaking gitu. Dek kerana, bila kebosanan melanda, aku telah bertukar dari superman yang pakai spender kat luar tu (budak budak pun tahu la superman ada spender kat luar wea. tak payah la nak perkenalkan superman tu pakai macam mana lah) hehh.....bertukar kepada ultraman..hahahaha


Aku sebenarnya telah bertukar header kat atas tu, kalau yang perasan la. Kini wajah blog aku dah bertukar baru.(dengan bangganya..ek elleh,dahal orang lain lagi cantik cantik kot header)....


Wednesday, April 4, 2012

GARA GARA FESBUK, MARK ZULKERBERG TELAH ANIAYAI AKU.....


Worldless Wednesday...


Siapa yang tak tahu kewujudan fesbuk ni, dari anak kecik, remaja, dewasa, orang tua semua tahu akan fesbuk ni.... tipu la kalau ada lagi orang kat dunia ni tak tahu pasal fesbuk. Sedangkan anak yang baru lahir dan ibu masih dalam pantang pun sibuk berfesbuk sana sini, masih ingat ayat ni dalam salah satu iklan.hmmm "Fesbuk mak, mak bila lagi nak berfesbuk ni" lebih kurang macam itu la dalam satu iklan tu.heh...

Semua orang dah puja puja fesbuk ni, kalau satu hari tak mengadap benda ni tak dapat bernafas la.. penting sangat ke fesbuk ni.. ada apa dengan fesbuk?? Sejak tercipta nya fesbuk ni semua orang berlumba lumba nak buka akaun masing masing...heh.. tak ketinggalan anak sedara aku yang baru berumur 6tahun pun dah ada akaun fesbuk..kelahhh ko jah..hahahaha.


Kau tahu tak Mark, di sebabkan kau aku telah dianiayai dan di marahi oleh cik/En anoms di luar sana. Di sebabkan kau jugak aku terpaksa berhati hati nak post kan sesuatu dan mendeletekan semua pictures aku.(angkat dua dua tangan di bahu). Aku tak kisah sangat pasal tu, sebab itu pun untuk kebaikan aku jugak, tak adalah nanti gambar gambar aku di potosyok pulak oleh anasir anasir luar yang gatal tangan. Bagi aku fesbuk juga tidak selamat untuk diguna pakai...cehh padahal tangan sibuk je duk mengupdate di fesbuk (tetap nak guna) hmmm.. more......

Monday, April 2, 2012

Segmen : Comelnya Doodle


Ok la, kali ni aku nak join lagi segmen si Fizz ni, oleh sebab aku telah di tag oleh twin blogger aku, so aku join la. tak dapat doodle ni pom tak pela, sebab segmen sebelum aku pom tak dapat kot.hahaha. 

Nor Zilla Sensei
Purple

kepada sesiapa nak join boleh la singgah dekat SINI

Peraturannya pom mudah sekali.
1) Buat Entry bertajuk Segmen : Comelnya Doodle
2) Tempek banner atas tue dalam entry korang.
3). Sertakan Nama dan warna untuk doodle korang tue nanti.
4). Tag 2 orang kawan blogger yang lain okay.
5) Seperti biasa tinggalkan link anda di ruangan ini

tagged:



Sunday, April 1, 2012

Rumah aku terputus letrik gara gara Earth Hour 2012

Salam readers..


Kalau yang masih tidak tahu malam tadi merupakan malam Earth Hour 2012. Apa itu Earth Hour? hmm.. untuk pengetahuan korang kita diminta bergelap selama 1 jam dan ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat di bumi mengenai perubahan iklim yang mungkin memburukkan lagi generasi masa depan kita


Kalau di ikutkan, malam tadi rumah aku telah terputus letrik, gara gara pencawang kat  KL telah ditutup untuk sokongan pada kempen ni, sampai tempiasnya terkena kat rumah aku,heh.. rupa rupa nya aku turut bergelap..hehe.. sebab nya aku nak sokong kempen Earth Hour. aku bergelap bukan selama 1 jam je, sebab jenis aku ni selalu tido awal.. kira aku sokong la earth hour..hehehe...eleh, padahal lewat jugak tido..heh..korang sokong tak??