Ads 468x60px

Thursday, December 29, 2011

PENCARIAN BLOGGER AKTIF OLEH Mialiana.com
Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011

Selamat datang kawan2, ok ari nie sy nak join segmen MIALIANA dan nak ajak kawan2 join segmen ini juga, tak rugi tau, secara tak langsung boleh promote kan belog anda jugak. Untuk penyertaan boleh la KELIK SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Caranya mudah aje, ok 1st  

Korang kopipes la coding kat atas ni DI SINI


Syarat-Syarat penyertaan nya adalah sangat mudah:


1. Terbuka kepada semua blogger
2. Buat entri bertajuk Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.Com
3. Sila copy coding segmen ini..DI SINI
4. War-warkan tentang penyertaan anda kepada pegunjung-pengunjung blog anda
5. Blog anda wajib ada shoutbox a.k.a kotak menjerit supaya senang nak tinggalkan jejak
6. Anda mestilah seorang yang selalu update blog dan yang rajin blogwalking
7. Setelah siap, letakkan URL entri anda ini dalam ruangan komen DI SINI



MASIH BELUM TERLAMBAT LG TAU NAK JOIN..SILA-SILALAH




Selamat maju jaya...

Tuesday, December 27, 2011

BILA DIRI CURANG DENGAN CINTA.......

Sekiranya kamu dapati dirimu
menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih. 
Tiada salahnya menyintai seseorang kerana 
Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang. 
Sekiranya kamu dicintai oleh
seseorang yang tidak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan 
penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. 
Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan. 
Bagaimana kamu mengurus cinta
begitulah kamu mengurus dirimu dan setiap hati dan perasaan 
mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita
mengendalikannya berbeza.. 
Sekiranya kita bercinta dgn
seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, 
tiada siapa yang harus dipersalahkan, 
relakanlah cinta itu pergi. 
Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.. 
Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti. 
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. 
Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa 
Apabila ia datang mengetuk pintu hati mu
Terimalah kehadiran cinta itu dgn segala misteri di dalamnya
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia 
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri 
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu... 
Semoga semua dapat bertemu dgn cinta yg sejati dan jujur....


Insya Allah.................................























*Tajuk entry di atas tidak ada kena mengena dengan yg hidup atau yang mati,apatah lagi dengan hal peribadi~~~ sekadar satu tajuk entry....


MAKSUD DI SEBALIK KEDUDUKAN JERAWAT ANDA

Salam to all my readers..


Kali ini saya nak kongsi info lagi, sedikit sebanyak dapat membantu korang mengetahui punca wujud nya virus jerawat degil di bahagian tubuh korang.  Mungkin korang di luar sana banyak mengalami masalah jerawat dan terfikir macam mana wujudnya jerawat ni sedangkan mereka kat luar sana xde jerawat, macam saya (berlagak la kan) dahal ade jugak.hmm. ok kat bawah nie merupakan tanda2 wujudnya musuh kecantikan korang (jerawat).

~~arghh nyahhhhh ko dr sini!!!!~~~





DAHI 
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin 
terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk 
tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak 




HIDUNG 
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah 
Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman 
tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau 
sistem reproduksi 


DAGU 
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. 
Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd 
haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah. 


PIPI KIRI 
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, 
menyahtoksin dan penghasilan darah. 


PIPI KANAN 
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal 


PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) 
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat 
dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan 
lebih baik. 



*Jangan amik mudah, pikir2 kan la*

Monday, December 26, 2011

CUTE STORIES BEHIND IMAGES.......


FRIENDSHIP FOREVER...








Thursday, December 22, 2011

DARAH HANYA MEMASUKI URAT SARAF MENGIKUT KADAR SEMBAHYANG.. menarik.


Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam... Baca lah kisah di bawah ini untuk pedoman kita bersama.


'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.  Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang Doktor Neurologi.Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..


Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.  Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.


Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, 
Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah .  Padahal setiap inci otak manusia  memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! ! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja.  Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam....... Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.' 




*Berpesan2 sesama saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada Kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia*.



CARA NAK DAPATKAN DUIT BANTUAN RM500 (BR1M)

Mesti anda kat luar sana tertanya tanya, siapakah yang layak memohon bantuan dana Rm500 ini kan?... banyak ooo, rugi kalau tak mintak sebab tu adalah hak kita. Ok, kat bawah ni saya ada video untuk mereka yang nak tahu dengan lebih lanjut bagi sesiapa yang layak memohon. Diharap info ini dapat membantu anda. 


***Masih belum terlambat untuk anda memohon*** 



video

Wednesday, December 21, 2011

Iklan MENARIK BY TOYOTA...Bukan sekadar iklan...

Tak pernah ku lihat iklan ini...hmmm. anda pernah tengok ker? atau akukah yang ketinggalan di belakang.hehe. pape pom jom layan  iklan ini,  Kalu rasa korang semua penah lihat, then cuba citer kt den..haaa, ce citer.. ce citer... 


*hebat sungguh ketahanan body ciptaan toyota..

video



Tuesday, December 20, 2011

SHOPPING LAST OF THE YEAR...2011

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirai tak lama lagi, jadi apa azam korang untuk tahun baru 2012 nanti? sudah kah anda mencapai cita2 korang pada tahun 2011 ini? saya dah, anda pula?

Last hujung2 tahun ini, ap I nak buat ea, aha, I nak shopping habis2!!!!yeahhh..bukan apa, mmg la shopping 2 xpenting dan menghabiskan duit tapi sekadar melepaskan boring dan tension, almaklum la orang macam saya kalu nak menghabiskan masa dan aktiviti adalah dengan bershopping je kejenyer. Mana sasaran saya untuk shopping ni ea..hmmmm.

korang ada idea mana tempat best nak pegi? saya suka kn kasut, tiap kali pegi mall mesti tuju tempat kasut dulu, gila tahap gaban I dekat kasut(padahal xde stock pom)hahaha. sebenarnya kalu pegi pom I tengok jer, xbeli pape pom, janji puas hati tengok kasut..LOL:-). Jadi habiskan hujung minggu anda dengan aktiviti berfaedah yer(depend pada seseorang 2 nak buat apa).





Monday, December 19, 2011

LAWAK TYPO SIHHH...hahaha..

Ok, kali ini versi lawak pulak nak kasi kat korang, ini saya cuba dapatkn dari mane ntah,ntah,xth.xth..hahaha. Ni kat salah 1 fenomena yg berlaku negeri di seberang,(tak cakap pom korang tau kan).


memang lawak giler, siyes Giler Kentang..ooo xlawak ea, ntah, lawak ker??. saya pom xnak cakap panjang lebar sebab gambar ni da terpanjang lebar da..enjoy




  Ok x touch.........






CONFERSE?????or CONVERSE!!

LAGIIIIIII

                              
 SEKOND!!!!!

                           
                           
KALU INI MAKSUDNYA.......ayuh berputar?jeng3,, jadi la ultraman.haha




 THANGS YERRRRRR......... FISITING!!!!

                         


DON'T OR DOWN..WAAAA.... SERONOK NYA BELI XPAYAH BAYAR..HUHUHU
 
                            

 END LAST.......
                                 


~~~wacaaaa...sekian untuk ari ini.~~

Jadi Pelukis tapi macam haprak......eeeewww.

Cita2 anda nak jadi pelukis...eeeeww yuck. Ok fine kalu anda nak jadi pelukis,

xkisah la kalau lukisan 2 xberapa nak cantik or nak lukis rumah tapi jadi macam reban ayam or 

pondok(terigat zaman kecik2 dulu suka main pondok2) itu xpe boleh di terima lagi,

kalau rasa nak melukis sekadar suka2 xpe la jugak kn. ok fine lagi. 

Kalau rasa nak melukis itu adalah hobi kamu pada masa lapang pom ok, fine lagi2.(bape banyak 

lagi daa)

Tapi ini melukis sekadar nak hina orang, baik xpayah. kita suruh kamu lukis kita pom nak bagi 

kamu rezeki 

jugak. Jadi tolong la, hormat kami sebagai pelanggan kamu. kami ada lah punca rezeki kamu. 

tanpa kami kamu

nak makan apekn... Buat mereka yang ada cita2 baru nak jadi pelukis kat luo sana 2, banyak2 

kan latihan or betul2 kan 

tangan anda dahulu..ahaks.





~~~Sesungguhnya memberi itu lebih baik dari menerima~~~

Thursday, December 15, 2011

Mau kan Blog anda cantik macam bunga bertaburan di mukablog saya ini...

Meh2 cini, sy nak bagi tutorial kat anda cikit. ni jela yang sy tahu.hehehe.
Anda mesti mau blog anda comel dengan kehadiran bunga2 cam blog sy ni kn. So apa lg, jom kita cuba pakai ramai, kasi belog kita meriah gitu..cewahhh..hehe..done.

Tutorial 2 ad kat belog nie.Ok apa kata anda tekan sini cepat


Kredit to:Belog ini

Pagi Dini hari yang menyeramkan....

Salam Semua....

Pagi td da sarapan mi goreng, tok(nenek) yang masak kan.. sy just makan jer, pg ni malas plak nak masak.huhuhu. sy dah makan, anda semua dah?.. 

Ok, ni nak citer la, pasal tajuk entry 2, kul 8.15 td da bertolak dr rumah, sampai je office sy bukak gate n pintu semua. Tiba2 masuk je badan sy rasa seram semacam, dalam suasana yang amat gelap gelita sy pom cepat2 pegi bukak lampu. Ok, fine rasa lega cikit.

Sampai je akak sorang nie(nama dia kak Zetty) yang baru balik dari bercuti terus datang menyerbu sy dan berkongsi cerita nya. nak tahu apa yang di kongsi kan nya,dia cakap umah BOS sy sunyi sepi xde orang,gate terkunci, umah pom seram semacam...apa lagi yang terlintas di fikiranku terus je sy anggap BOS saya da cabut lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..alamak..

Patut sy rasa seram semacam jer, rupanya sy dapat berita mengejutkan... oooh tidak, mana saya mau lari, dengan orang akan datang mencari BOS, adakah  'Abg Long"(Aaron Aziz dalam citer KL gangster)  (promote cikit) nak datang..Oh tidak... Tapi kalu dia datang sy nak amik tandatangan dia dulu, br saya cabut lariiiiiii.kahkahkah.

Apa la nasib....

~~Sekiannn...


Wednesday, December 14, 2011

Tips Or Petua untuk mereka yang ingin kekal cantik dan berseri..

Ok, sekarang aku nak buat entry untuk kasi petua kat mereka2 yang xde keyakinan dan yang ingin kekal cantik. Anda bolehla jenguk2 kt bawah tu n rajin2 la membaca ea.

tetapi, untuk mereka yang nak cantik, syaratnya harus la rajin amalkan petua ini untuk mendapatkan hasil nya.

Selamat mencuba yer..

(~sesungguhnya yang baik itu datang nya drp Allah~)


Kasi Badan Ringan Dan Bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Nak serikan lagi Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghindari Penyakit Kulit 
Jika terlalu banyak tidur pada siang hari adalah dikhuatiri boleh mendatangkan penyakit-penyakit kulit. Oleh itu elakkan dari banyak tidur di siang hari.

Melebatkan Rambut
Masukkan air yang betul-betul  sejuk ke dalam lubang yang ditebuk pada batang pisang yang telah ditebang. Selepas beberapa ketika dimasukkan ke dalam lubang, air itu diambil dan gosokkan di kepala. Atau anda lubangkan tunggul batang pisang yang ditebang. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya anda akan dapati ia dipenuhi dengan air yang sangat sejuk. Ambil dan sapukan air tersebut pada rambut. Buatlah tiap-tiap hari, InsyaAllah berkesan.




Mengekalkan Kecantikan

Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.





Naikkan Seri Wajah

Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.




Melentikkan Bulu Mata 

Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.





Menghilangkan jerawat kat muka.
Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.






Merawat Kulit Berkedut

Petua : Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.





Kuku kaki cantik

Rendam kaki dgn air suam yg bercampur garam. Biarkan kaki kering dgn sendiri dan sapu minyak zaitun.





Tumit Kaki Pecah

Jika tumit kaki pecah, ambil garam halus & campurkan dgn air perahan limau kasturi/nipis. Kemudian sapukan larutan tersebut pada bhg tumit yg 
pecah. Amalkan selalu. 





Putihkan Gigi

Campur sedikit garam halus pada ubat gigi yg hendak anda gosokkan pada gigi setiap pagi. Gigi akan kelihatan putih berseri. Selain itu, ianya 
juga dpt menghindarkan dpd penyakit gusi & mulut. 





~~~Sekiann~~


1st Entry to Post...

Salam Semua..

Ini merupakan entry 1st sy, dan tangan saya telah mula gatal2 untuk menaip entry nih.Tikus(tetikus) saya pom da nak lari sb xnak bg aku post entry nih.huhu

Aku tatau ap yang membuatkn aku ingin membuat blog sesuka hati nie, sedangkn aku sudah jauh ketinggalan di  belakang, almaklumlah sudah ramai bloggerzs skrg ni da wujud, macam virus.hahaha.

Papepon aku ciptakn blog nih untuk bersaing secara sihat, sekadar untuk suka2 dan bagi pape info yang berguna... ok tata..