Ads 468x60px

Thursday, June 28, 2012

BILA BLOGGER FEMES MENGOMEL KAT BELOG KITA....

Assalamualaikum....

Hari ni pagi pagi dah semangat datang bertandang ke tempat kerja... sebelum nak sampai dengan gigihnya aku melawan arus kenderaan yang sentiasa belumba lumba di jalanraya..masing masing nak cepat..memang   sesak dan buat serabut kepala aku..fuhhh ``` sambil lap peluh di dahi```apabila berjaya mengelakkan kesesakan lalu lintas....begitu la rutin harianku pagi pagi mau menuju ke tempat keje.

Sampai je di opis terus gigih nak buka internet....nampak sangat kerja aku bukan first(ari ni je tau)hehe. Dan tengah tengah syok duk membelek halaman belog aku tetiba hati aku rasa begitu berdebar debar(macam orang nak bercinta di alam siber plak)~~tipu ok~ bila aku terlihat satu ruangan komen....wahhh sampai terpacak bulu romaku...OMG..aku rasa begitu teruja.. nak tahu kenapa?? nak tahu??

taara..... ni dia.. 
|
|
|
 Excited giler sampai bertepuk tampar aku dengan ofismate aku..hahaha..see, betapa femesnya dia..

Sebelum tu aku ada kuarkan entry ni kat belog aku ..and finally aku macam tak percaya dan tak sangka yang Yuyu sudi luangkan masa dan mengomen di sini...hihihi
Over excited dahku....Whatever....

Siyesly aku memang suka bace belog dia ni...tapi hanya mampu jadi silent reader jer..hihihi...i'm just a humble person k.


Papepun thanks Yuyu kerana sudi singgah di belog yang tak seberapa ini...semoga kekal ukhwah sesama kita... 


Hugs you ketat2..






Tuesday, June 26, 2012

TIPS:CARA NAK JADI ISTERI SUPERB!!

Assalamualaikum...

Hari ni tetiba nak citer pasal hal rumahtangga...even aku pun belum kahwin tapi tips ni aku rasa sangat lah berguna bukan untuk yang dah kahwin saje tau, tapi untuk mereka yang belum dan bakal berkahwin jugak.

Kalau diperhatikan sekarang ni hari hari banyak kita dengar kes keruntuhan rumahtangga ni. even yang dah kahwin berpuluh puluh tahun pun boleh bercerai berai( maaf tak ade niat nak tuju kat sesiapa). Tapi mari kita sama sama betulkan.. Kalau itu berpunca daripada kesalahan wanita mari kita sama sama perbaikinya ke arah yang lebih baik. 
  
Wanita atau kaum isteri haruslah Kurangkan leteran



Ya, inilah kegemaran golongan para isteri kini. Dengan tekanan yang sangat mendesak di pejabat, ditambah pula keadaan yang sangat mendera di rumah, kita telah menggunakan kaedah berleter bagi melepaskan tekanan. Sebenarnya, leteran bukanlah menghilangkan tekanan.

Seorang isteri yang berleter sebenarnya sedang memindahkan tekanannya kepada seisi keluarga. Sekiranya ini berlaku, hal ini bermakna seisi keluarga sedang berada dalam keadaan tertekan. Sekiranya tekanan dipendam, maka ada kemungkinan satu hari kita akan terdengar ledakan bomnya.

Jadi, bukankah baik sekiranya tekanan itu dilepaskan dengan teknik yang lain. Apa kata jika anda menggunakan kaedah berlemah lembut, iaitu dengan berlucu, namun menyengat sanubari sasaran kita.

Di sini disertakan beberapa contoh situasi agar pada masa hadapan, anda boleh berfikir secara kreatif cara menggunakan kata-kata lucu untuk menegur.

i. Suami meletakkan pakaian dan stokinnya di merata-rata tempat setelah menanggalkannya;
"Apa kata kalau sayang tak nak basuh baju abang kalau abang tak letak baik-baik baju abang di tempatnya. Aci tak?"

ii. Hari minggu, suami tidur semula sesudah solat subuh sedang-kan rumah penuh dengan aktiviti yang wajib dilakukan;
"Apa kata kalau abah bangun, mandikan anak dan suapkan anak-anak. Tadi umi dah masak. Nanti malam karang, umi mandikan abah selepas umi suap abah. Boleh?"

iii. Suami enggan membersihkan anak yang telah membuang air besar di dalam lampin pakai buang. Mungkin dia geli;
"Takpe kalau papa tak mau basuh tapi cuba papa fikir, kalau mama pergi dulu, papa pula sakit. Tak boleh bangun sendiri. Sapa ya yang nak basuhkan berak papa?"

iv. Anak anda malas membaca buku tetapi gemar menonton televisyen;
"Mana ya adik letakkan buku sekolah adik tadi? Cikgu adik pesan suruh mak bagi kat televisyen tu suruh dia buat kerja sekolah adik. Satu lagi, adik tak boleh keluar rumah petang ni untuk main di padang sebab adik dah langgar larangan mak jangan tengok TV selagi kerja sekolah adik tak selesai.
Maklumlah, TV kan tak pandai buat kerja sekolah!"

Selain teknik di atas, anda juga perlu masa yang sesuai untuk bersendirian dengan orang yang anda ingin leteri. Masa ini, berbicaralah dari hati ke hati supaya dia memahami perkara yang anda katakan adalah untuk kebaikan dirinya juga. Insya-Allah mereka akan faham jika anda menyampaikan rasa hati anda dengan tepat.




Sekiranya mereka telah membantu anda, janganlah mengharapkan sesuatu yang maksimum daripada mereka. Hal ini juga menyebabkan mereka bosan untuk membantu lagi kerana buat salah, tinggalkan pun salah. Jadi, mereka memilih untuk meninggalkan sahaja tugasan itu. Bukankah ini lebih merugikan. Sekiranya kerja mereka tidak serapi mana sekalipun, ucapkanlah terima kasih dan hal ini akan membangkitkan rasa suka mereka untuk membantu anda pada masa lain.


Harap tips ini dapat membantu anda...maceh









Monday, June 25, 2012

AMAIGAD!! BLOGGER YUYU ZULAIKHA DI SAFIYYA TV9

Assalamualaikum..

Amaigad, amaigad...yeehaaa..hanya tu je yang mampu terkuar dan terpacul di mulut aku ni bila tengok seorang lagi blogger femes terpampang kat tv malam tadi sambil sambil mamah maggi rebus yang berasap terus terkuar dari mulutku bila terlihat Si Yuyu ni kat tv.. mak aiii.. ~~~Lempang lelaju pipiku ini.~~~

Cerita di Safiyya ni memaparkan kisah Yuyu yang bertubuh genit..alahai so suweet.. amaigad betapa kecik dan cutee nya beliau..eeee rase nak cubit cubit je pipi si Yuyu ni. betapa keciknya(eee udah udah la..bape kali nak sebut keciknya.) tapi Ya Allah memang betul kecik dan betapa cutenye Yuyu ni..betapa kagumnya ciptaanNya..Subhanallah.

Sorry yer..pinjam gambar ni..tehee. ni shoot untuk Safiyya TV9



Sape tak kenal blogger Yuyu Zulaikha ini. Dalam segmen blogger Safiyya ni memaparkan tajuk Petite Fashionita..hmmm tajuknya begitu sesuai la dengan Yuyu ni. Walaupun bertubuh genit dan besaiz kechik tapi itu tak menghalang beliau dalam berfesyen. Aku memang suka la tengok yuyu ni dalam mengenakan pakaian, tak nampak heavy dan simple je. aku pun kadang kadang terikut jugak fesyen Yuyu ni walaupun tinggi cikit badan aku dari yuyu..~~nak jugak cakap tinggi~~kasi lempang sebijik..hahaha


Sorry.. amik picture ni sekali...nampak cute..tehee


Kepada mereka yang tertinggal dan tak sempat nak tengok Blogger femes Yuyu jangan risau la, program Safiyya akan adakan siaran ulangannya pada ari ahad minggu depan yer jam 6.00ptg. sediakan makanan banyak banyak nanti makan depan tv je sambil tengok yuyu ni..yipeee..









Sunday, June 24, 2012

BLOG BERTUKAR WEBSITE??


ASSALAMUALAIKUM...

Nih,  nak jemput bukan main jemput jemput yang cekodok tu yer, nak jemput jiran jiran sebelah mak lijah, pak mail,chef wan jiran sebelah kampung sana tu meh cini cek nak criter ni berkenaan dengan blog cek dah bertukar lagi, sebelum baca lagi tengok dulu link kat atas tu..haaa nampak tak dot com tu.yehaaa.. kali ni blog cek bertukar dari blogspot dah ke website dot com. amaigad...nampak tak? nampak tak? ngeh3..




Yang ni ketika guna blogspot lagi.



Tadaa.. sekarang blog da bertukar dot.com..yipee.



Eh, dari mana datang nya dot com tu? sponsor daripada NUFFNANG kah? wah.. blog ini tak adela sehebat setanding blog blog femes yang lain sampai nak dapat sponsor daripada nuffnang..  giler!! cek nak dapat sponsor daripada web itu..kah.. kah.. kah...

So jawapannya dari manakah?? kalau dari cek sendiri alapadannya memang cek tak mampu lah nak beli domain ini.ngeh3..sebenarnya perhargaan yang tak terhinggalah dari cek untuk beliau yang sudi memgsponsorkan domain ini.....

Bila blogspot dah jadi domain ni semakin gerun plak cek nak buka blog ni. sebabnya blog cek ni biasa biasa aje nak bandingkan dengan blogger femes macam Fatin Liyana dan Hanis Zalikha tu dan beberapa lagi blogger lain yang memang femes femes..giler kalau sape tak kenal diaorang ni..hahaha.. (giler kategori orang buta IT je kot..) 

Sebabnya, cek bukan la sepenuh masa dengan blog cek ni, kadang kadang cek sibuk dengan kerja cek jugak. Cek guna blog cek ni bila cek nak luahkan sesuatu macam DIARI la katakan @ cek ada cerita yang perlu di citerkan kat dalam ni.

Pape pun cek akan cuba luangkan masa untuk keluarkan entry entry atau tips tips untuk di kongsikan dengan anda semua. Thanks for your support..maceh..






Tuesday, June 19, 2012

SHE'S ALREADY BOOKED

ASSALAMUALAIKUM...

Lama sudah tidak mengudapte belog ini, sampai sudah naik sesawang...huhuhu. seperti entry sebelum ini cakap nak update pasal kengkawan rapat yang baru sahaja melangsungkan pertunangannya baru baru ini. Beliau merupakan salah seorang teman rapat aku tau...tau..tau, kalau nak tahu aku ada 5 orang kengkawan yang aku rapat sesangat..

Kalau pergi window shopping sampai nak patah kaki... sampai beg plastik tak cukup jari jemari nak pegang...  aku dengan diorang la. Kalau aku ada masalah besar bapak,samapi nangis nangis, sedih mengenangkan nasib, diorang la tempat aku rujuk dan luahkan masalah. Bila kitaorang sama sama gaduh, mesti salah seorang ahli antara group aku ni yang akan menyelesaikan masalah. Gaduh gaduh dan pujuk memujuk dah jadi perkara biasa dalam persahabatan aku ni.

Tapi bila semua da gaduh, camne??? hmm...aku tak doakan persahabatan aku ni akan berakhir dan bercerai berai. So far, alhamdulillah kami semua masih bersama. Cuma sekarang masing masing dengan kerjaya masing masing..dan ada antara kami  yang duduk jauh demi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak nak bantu keluarga.heh.

Kami 5 orang ni dah macam adik beradik dah, kalu nak keluar jalan jalan mesti salah seorang antara kami yang akan bersama jika yang lain sibuk berkerja.. dan aku tak segan nak cakap yang aku rindu kat member member aku ni...sob...sob...sob.. sedih nya da lama kami tak duduk bersama macam dulu dulu..maklumla semuanya sibuk dengan hal masing masing...


Time ni semua member member belum di ikat lagi.. so everyone totally single..heh. dua orang lagi tak dapat nak join time ni.. hmmm. 


Diam tak diam masa begitu pantas berlalu, masing masing dah mengikat tali pertunangan dan salah seorang member ku sudah pun berumah tangga...kini sudah bergelar isteri mithali..hahaha.. asyik melekat dengan suami dia jer..tak ape la aku bagi peluang itu, tapi time reunion kitaorang pastikan semuanya ada..heh.

Fokus member yang bertunang sahaja ok. So crop le member member lain termasuk aku... member aku yang ni payah cikit nak bersama sebab bertugas di tempat jauh.. time event or hari hari penting jela dapat jumpa kot...heh.



Time ni selepas pergi kenduri kahwin, terpaksa bekejar kejar nak pergi majlis tunang dia. Member aku yang ni tersangat la sporting..even kat depan ni time tu penuh dengan manusia manusia.. aku paksa member aku dan aku sekali buat candid..tapi ini je yang jadi.. ketar lutut beb time ni..hahaha 


Seriously aku cakap, tanpa persahabatan kita tak akan maju dan berkembang. kalau asyik duduk kat rumah je makan minum tido..ape kejadahnya yang aku dapat..adlist ada member ni boleh la jugak ajak berbincang kongsi kongsi masalah... nak pinjam duit time poket kosong ke... nak pergi shopping ajak teman ke..tak adela  asyik bergantung pada boypren je kan.. bab kata, persahabatan tu sangat penting la.. so hargai la kawan kawan kita... 





Tuesday, June 5, 2012

WEDDING OH WEDDING..PERKARA YANG PELIK BERLAKU


Weheee, korang tahu tak musim cuti sekolah ni dah jadi macam musim kahwin je... mak ai, dalam satu hari 5 hingga 6 tempat ada kenduri. 'di situ ada anak gadis di situ la ada kenduri'...betul ke pepatah aku ni?? di sebabkan kenduri kahwin ni lah satu bandar penuh sesak, dengan jem rotinya lagi...heh

Tapi bab pergi kenduri ni paling aku suka jugak adalah makanan dia.. dan lauk pauk dia perggh..memang aku la orang yang muka tak tahu malu bila pergi makan, siap aku suruh adik aku yang muka annoying tu amik banyak banyak untuk aku makan..hahaha..Please belive me i'm not a anoreksia person... sila lempang lelaju.

Bila tiba time wedding kawan kawan rapat ni perkara pertama yang terlintas dekat kepala aku ialah "hadiah".. tehee.. part ni lah yang merunsingkan kepala aku berpikir nak beli ape. nak pilih sampul cantik cantik.. hmm tapi paling tak suka duit aku habis melayang..hahaha..jahatnya mulut aku, korang semua lempang lelaju pipi aku.


Aku tak kisah sebenarnya janji aku menghargai kawan kawan aku.. Diaorang telah melalui satu fasa yang baru dalam kehidupan diorang dimana mereka semua sudah ada satu tanggungjawab yang besar. Tak macam aku ni entah bila nak melalui fasa berkeluarga ni..heh.


Di sebabkan majlis kawan aku ini penuh sesak sampai nak tengok pengantin pun tak nampak.(tehee aku tipu..dahal nampak je cuma tak dapat nak duduk dekat)..al maklumla time tu aku nak kejar masa sebab nak pergi majlis pertunangan member kamcing aku plak..nanti aku hupdate wokeh..

Tak sempat bergambar dengan pengantin, snap with my sister pun jadi la

Maka aku tak sempat nak bergambar dengan pengantin yang cantik dan comelote itu. Kamera yang aku bawak pun hanyalah sekadar hiasan di tangan aku.heh


Tengah driving pun sempat lagi nak bergambar..heh.

Hahaha..sebenarnya ni la perkara pelik yang berlaku time wedding tu, cumanya aku tak sempat bergambar dengan pengantin, biasanye aku pergi mane mane kenduri mesti tak habis habis nak snap gambar kat majlis kenduri kahwin.nasib tak baik kali ni....pape pun aku enjoy..hahaha





Sunday, June 3, 2012

"OH GILER AH, CANTIKNYERRR"


Alhamdulillah, kita semua dikurniakan kecantikan masing masing dan pasti ramai yang tahu kecantikan luaran terpancar daripada kecantikan dalaman seseorang itu. Kalau dalamnya putih bersih maka luarnya pun putih bersih la dan sebaliknya. Korang faham faham jela kan. sebab bagi aku semua orang cantik dan ada kelebihan masing masing.

Aku pun tak terlepas pandang benda yang cantik, mula la ayat ayat eksotik aku terpacul dari mulut "oh giler ah, cantiknya pompuan tu, ee kalu aku dapat la kn....eee..im not lesbo ok!!... sudah fitrah manusia sukakan benda cantik.

Tapi, perlu ke cantik tu?? bagi aku cantik itu terlalu subjektif. secara umum cantik itu meliputi pelbagai aspek. Bukan cantik itu pada manusia sahaja, tapi pada benda benda di sekeliling. Aku juga selalu keliru, bila lelaki melihat dan memilih wanita pada kecantikan. Apakah erti kecantikan di mata lelaki sebenarnya?? what a confiuses..omo. ala, laki kan, mesti nak cari cantik cantik, kalau tak jatuh la standard diorang...heh. betul ker??

Kecantikan wanita bukan la pada pakaian yang di pakai, seharusnya kecantikan harus di lihat pada mata, bab kata pepatah orang orang muda, (guna orang muda la pulok...ecece) dari mata turun ke hati kerana ditempat itu  lah adanya cinta.

Kita tak boleh sewenang wenangnya nak menghina rupa yang dimiliki oleh seseorang jika ia tidak kena pada mata kita. Apa saja yang dijadikan Allah sudahpun cukup cantik dan sempurna.

Tapi itulah kelemahan manusia, hanya nampak kecantikan luaran dan KECANTIKAN itu adalah sangat penting. Memang diakui kelihatan cantik itu perlu, tapi amalkan dalam kesederhanaan.




Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita di inginkan lelaki yang baik....