Ads 468x60px

Sunday, September 30, 2012

10 blog terbaik masuk exam SPM


Pagi pagi siap nak pergi sekolah,
hari ni exam SPM kertas bahasa melayu
sampai sekolah terus duduk atas kerusi

Tapi aku pelik hari ini
kenapa semua orang duduk dekat dekat tak macam nak amik exam SPM
cikgu siap benarkan kami berbincang ramai.
arghhh peduli ape aku
yang penting soalan aku dapat jawab dengan baik

cikgu pun edarkan kertas setiap sorang
cikgu pesan sebelum buka kertas exam
doa dulu banyak banyak sebab soalan susah katanye

Dengan cepat aku tadahkan tangan berdoa
mintak dapat jawab dengan baik.

Cikgu cakap "ok bole bermula sekarang"
Dengan perlahan lahan aku buka kertas bahasa melayu 2
Aku pantang bab2 kena jawab esei ni.
Tapi aku berserah sebab aku dah study malam tadi

Tiba tiba aku belek kertas tu ade tiga soalan
pilih mane yang anda suka

Aku terlihat dalam kertas tu bertanyakan soalan
'sila senaraikan 10 blog terbaik yang anda tahu'
dengan senang hati aku tergelak besar
bagi aku soalan kacang je ni...

dengan bangga aku angkat kertas soalan tu
"ala ni soalan kacang je ni"
walaupun aku agak pelik macam mane soalan pasal blog ni boleh masuk exam spm
tapi aku suka hati

Sebab ape, aku ni kan seorang blogger
sudah tentu aku tahu jawapannye...hahhaha
sambil aku gelak besar lagi
time tu aku tak perhatikan masa

Cikgu mula cakap"ok mase dah nak hampir tamat"
aku mula gelabah.
dengan cepat aku siapkan.
ala kenapa tangan aku ni lembap sangat nak menulis
payahnye!!

karangan aku tulis:

cikgu 10 blog terbaik dari atas ke bawah ialah:

10.http://everyeverythings
10.http://everythingeverthings.blog.

"ala nape payah sangat nak tulis blog dia ni.ape benda ntah ejaan dia"

10.http://everythingeverythings.blogspot,com(ye kot)
9..http://akupiko.blogspot.com(haa ni aku mudah ingat)
8.www.hazwanhairy.com(ni senang)

Cikgu laungkan suara" mase tinggal 10saat lagi"
"ala, cikgu nanti la..bole tambah mase tak. 
saya bole buat ni cikgu.saya ingat semua blog ni 
bukan kata 10, 50 pun bole cikgu"


7.http://ala..ape tu okje.http://okje.com
asal lembap sangat aku nak menulis ni.
arghhh

tiba tiba jam berbunyi....eh mane datangnye bunyi tu.
kuatnye bunyi tu.
aku pun terkejut.... dengan pantas aku bangun..
alahai, aku mimpi rupanye.
hahahaha...

itula, da lama aku tinggal blog ni
asyik pikir macam mane la dengan kawan kawan blog yang lain
sampai terbawa bawa dalam mimpi

Kepada blog yang berkenaan tercatat kat atas tu mintak maaf kalu salah link blog..hehehe
papepun saya ingat blog korang
dan kepada blog lain tu, aku sebenarnye ingat banyak lagi
tapi aku tak sempat nak tulis
sebab dalam mimpi tu tangan jadi lembap macam siput sangat.hahaha



wallahualam..

rekaan mimpi semata mata..





Wednesday, September 26, 2012

Asian Wave 2012...Winner Shila Amzah

         
Walaupun keputusan pemenang Asian Wave ni da lama keluar, 
tapi aku nak cite jugak sikit pasal ni.

Sebabnye yang menang itu adalah penyanyi kegemaranku.
im so proud of her..
dalam mase yang sama dia 
telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Memang tak jemu tengok persembahan beliau
sehingga membuatkan sape sahaja mendengarnye meremang bulu roma
(mereka yang dengar jela)

seriously aku tak jemu tengok beliau 
lebih lebih lagi berliau bertudung..make me proud
dengan penuh yakin sekali persembahan beliau..


   all of her performances at Asian Wave 2012       

Congrate to her...love :-)




shoutbox kena ceroboh!!



Assalamualaikum....

Firstly nak mintak maaf, lama menyepi...bukan kerana pergi melancong kat Pulau Redang or pergi  mane mane...

Sebenarnye saya tak berapa sihat, 5 days MC...bukan yang dalam video yang budak gedik itu ok.
takdela sampai macam tu sekali nak istiharkan 5hr MC.

Cumanye kesihatan tak berapa mengizinkan. mungkin musim sekarang ni, kejap kejap ujan, kejap kejap panas..

Baru je tinggal sekejap blog ni, tak sangka chatbox telah di cemari oleh manusia yang tak bertanggungjawab.
tak tahu ape yang tidak puas hati itu. sampaikan nak mencarut bagai.. banyak lagi tempat lain yang boleh nak diluahkan k...cakap banyak pun tak guna.

So saya terpaksa la temporary remove dulu my chatbox... nak bersih bersih dulu. nanti saya akan install yang baru k..

Kepada rakan rakan yang da tinggalkan jejak yang mana saya tak dapat nak kenalpasti, tapi terima kasih banyak banyak..mana yang derma ikhlas tu saya akan balas balik.



Yang ikhlas pasti dibalas..












Thursday, September 20, 2012

Mencari follower yang bertuah



Saya sekarang sedang menanti follower saya yang bertuah iaitu yang ke 400# 

Hadiah menarik menanti anda.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



Iaitu pakej penginapan 3 hari 2 malam di Redang Island Resort dan makan makan bersama tetamu undangan istimewa iaitu pelakon Jacky Chan dan tandatangan khas daripada Nor Zilla Sensei





|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

Ok..tipu semua tu..lol#


Kepada yang bertuah akan saya masukkan dalam bloglist kekal saya..kikikiki

sesiapa yang berminat bole la isi kekosongan..lol##


Tak semestinye follower ini sahaja..mungkin follower lepas ni akan di pilih secara randomly untuk memenangi hadiah istimewa yang lain...



Maceh.. 






**Dengan pantas kilat saya telah mendapat follower bertuah itu..hahaaha..tahniah kepada beliau.
nantikan entrynye ye...**

Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday# entah ke berapa daa#

Agak agak korang tergolong dalam orang yang macam ni tak..??

Nampak aje mende, semua tak kena pada pandangan mata...# lol






Monday, September 17, 2012

Hobi giler giler zaman sekolah

Assalamualaikum....

Sambil sambil buat nota tetiba teringat zaman zaman sekolah dulu kala,
(zaman tok kaduk bagi aku la)
nampak sangat umur dah meningkat..hahaha...

balik pada cerita**

Kalau dulu korang ingat tak mesti masa kecik kecik time sekolah rendah dulu,
setiap kali baru bermula alam persekolahan mesti cikgu cikgu yang masuk akan meminta murid murid perkenalkan diri masing masing kan??...

begitu la terjadi pada aku, setiap kali umur meningkat kelas pun akan dilompat,
dan setiap kali tu la mesti ade  permintaan dari cikgu untuk perkenalkan diri masing masing
sampai la ke peringkat sekolah menengah..

sampaikan setiap kali masuk alam persekolahan aku mesti buat satu nota,
haa nanti bila sampai giliran aku senang aku nak cite tak payah sampai nak pikir, sebab da tahu ape yang akan ditanya..

time giliran cikgu panggil*

Ok, yang kat hujung dinding tu, perkenalkan diri anda
(motip amik meja hujung tepi dinding supaya senang nak tido)kikiki

eerrr.. ye cikgu..

time tu....**

darjah 4*
nama saya -"sekian sekian" 
tempat tinggal saya -"sekian sekian" 
umur saya-"sekian sekian" 
hobi saya- Doktor.. Cikgu: bagus ye awak

darjah 5*

nama saya -"sekian sekian" 
tempat tinggal saya -"sekian sekian" 
umur saya-"sekian sekian" 
hobi saya- Pilot.. Cikgu: banyakkan belajar bahasa orang putih ye.nanti nak jelajah negara luar

darjah 6*

nama saya -"sekian sekian" 
tempat tinggal saya -"sekian sekian" 
umur saya-"sekian sekian" 
hobi saya- Pramugari.. Cikgu: jangan nak perasan sangat.. *&^%

ok...fine..aku nak jadi ape aku punya kisah la..



**setiap kali tukar darjah sampai ke menengah setiap kali tu la hobi aku sentiasa bertukar tukar....
nampak sangat tak tahu nak jadi ape kan??..hahhaha..aku main ikut je...
orang cakap nak jadi tu aku pun cakap nak jadi tu...padahal doktor tu bedah orang,
ko pun nak bedah orang ke??..eeee tak ape la.. nasib baik ade doktor doktor yang banyak bahagian ni sekarang..terutamanye doktor gigi..salute la kat doktor doktor ni..hihihi.

Time tu jugak la nama aku sentiasa jadi perbualan hangat.. sebab ape, sebab diorang suka panggil aku godzilla..tahu tahu jelakan..sampai tamat sekolah ade je nama tu dipanggil..what the *&^*!!. 


Aku tak tahu kenapa nama aku asyik dipanggil cikgu je time nak tanya soalan..
mungkin kerana aku budak yang paling malas nak belaja..aku kuat bersukan time tu,
mana aku nak pergi mesti ade bola kat tangan aku..heh

mula la bila cikgu tanya soalan sains:

C:"ok.. bila fotosintesis, tumbuhan akan mengeluarkan ape? 

A:"eerrr..

cikgu pun menolong ku,

C:"okkksssiiii........

A:"gennn.... fuhhh legaa aku menjawab..

"next question.

C:"haiwan yang makan tumbuhan gelaran saintifiknye?

A:"eerrr..

C:"Herrrrbiii...

A:"vorrr......yes..lega lagi..

"next question

C:Apakah punca asas tenaga bagi tumbuhan hijau?

hmmm..

C: maakannn....

A:dengan pantas ku menjawab.. nannnn!!...

C: hey,,mane ade tumbuhan dapat tenaga dengan makanan.. tumbuhan dapat melalui cahaya la..nampak sangat tak study kan..

terus tertunduk malu....ok..damnnn!!.. 

Begitu la kisah tatkala berada di zaman sekolah ni, macam macam hobi aku ade... 

Tapi berkat doa mak ayah aku, usaha diorang tak mengenal putus ase,
belikan buku warna warni, pensil colour mak ai, 
besar gedabak tak muat beg sekolah supaya aku rajin mewarna, 
Beg sekolah plak macam macam animasi macam sailormoon dan mickey mouse.. 
time tu angry bird tak de lg.huhu


Bawak beg time g skolah

aduyaii.. naknye aku ni belaja dengan gumbira..tak menangis nangis bagai dalam kelas
tak lagi memanggil manggil nama "mak..mak..mak"..
sadisnye teringat balik kenangan itu..




Kini, alhamdulillah....i'm somebody now...make me proud for myself..bersyukur tak terhingga...
jasa kedua ibu bapa tidak ternilai harganye dan berkat dari cita cita aku zaman sekolah sekolah dulu..walaupun malas nak belajar..ahahaha..



Sekian..
sorry entry yang panjang....kikikiki..






Friday, September 14, 2012

Pengalaman interview Pekerja not Bekerja!!


Selama ni kita je kan asyik mintak kerja and pergi "tebiu" kat mana2 company(tu kalau dipanggil la)
korang mesti dah pernah lalui pengalaman ni kan...kan..

Bagi yang da habis belaja tu, mesti sibuk2 nak cari internet,nak  kena pegi cc (cyber cafe) la,nak kena g pejabat pos la nak pos sijil2 semua, nak g ke bandar la nak cari kerja kosong. macam2 pengalaman kan..

Aku dulu pengalaman tersangat la scary nak mintak keje ni,macam2 dugaan. hampir nak "eksiden" pun ade.

Setelah bertungkus lumus cari kerja adela jugak yang sudi terima aku berkerja setelah berkenan melihat "resume" aku yang tak berapa nak herot tu. Alhamdulillah..

Tapi tu bukan tanda berakhirnya pencarian kerja aku, baru setakat di panggil temuduga, kalau panggilan tebiu goverment tu tak payah cakap la, sekadar kali pertama di panggil tebiu dan kali pertama menduduki exam, hamaigaddd.. dengan berbesar hatinya aku cakap dua2 FAILED!!

Setelah putus ase dengan bapak "goment" ni, aku alih arah pada syarikat swasta plak. nak buat macam mane kan kalu tu rezeki aku, aku terima dengan hati terbuka. 

Beralih pabila dipanggil interbiu syarikat swasta ni(beberapa pengalaman tebiu dengan company2),alhamdulillah, semua syarikat ni berurusan dalam bidang Oil n Gas. 
Dengan gayaku terketar ketar lututku tapi aku kuatkan semangat jugak.

U know what, time tebiu tu bapakla ramai yg tebiu aku sampai 5 orang, (hey asal ramai sangat, korang nak tengok aku ke nak tebiu aku)ecece..
mau tak terketar aku, nasib tak terkencing je...what the %^&*

Now da macam2 diorang tanya aku, saje la tu kan, nak kenakan aku...putar2 ayat sampai aku terbelit lidah nak cakap. time tu la kepelatan aku terserlah.. rase nak sepak2 je barang kat tepi.

Tapi alhamdulillah, semua tempat aku g tebiu semuanya aku di terima berkerja..hahahhaha..aku bukan pilih kasih, tapi di sebabkan atas hal2 tertentu aku terpaksa tolak yang mane aku diterima berkerja tu.

After da berkerja ni, now my turn plak kena tebiu orang lain..ahahahahhaa.. gelak aku tak hengat dunia...akhirnya aku dapat balas dendam (versi jahat seketika) macam mane time aku ditebiu dulu time tu la aku apply kat orang nak ditemuduga...

Bukan main lagi aku tanya diorang macam2 sampai tergagap gagap.. mesti dalam hati diorang cakap giler kuasa aku ni. padahal lagi dua orang bos ade sebelah aku.kikikiki..Puaskah? tebalaskah dendam itu?.
Aku tidak la sekejam itu hokeyyy.. saje nak test..ahaks.

Akhirnya semuanye selesai, diorang pun menarik nafas lega, after interview i kasi my business card, kot2 ade lagi yg nak mintak kerja, bole la contact2 kan.. untuk menolong orang lain jugak.

Tengah2 menaip ni pun ade pula dapat panggilan yang offer kerja tau..mak aiii. kerja dengan aviation plak tu.mesti job offshore je ni.dapat calling plak drp seorang kapten..hihiihi..nak mengggatal le tu..tp tak tau dapat tak. based dia kat KL.. sape tak nak kerja kt KLCC ni kot.. tapi kena fikir dulu.

Hope yang aku teview td diorang tak amik kisah.. im sorry k!!! :-)

muka garang baru lepas marah orang...huahuahua


Bagi yang masih lagi tak dapat keje tu teruskan usaha anda, InsyaAllah anda akan dapat jika tertulis disitu rezeki anda.




Wednesday, September 12, 2012

WW# Nasihat dr Pakcik Mrbean!







Tuesday, September 11, 2012

Jom Naikkan Trafik Blog!



Klik banner untuk naikkan traffic anda!!

Pasal Blog ni
Errr... tak banyak nak di ceritakan, blog ni wujud sekadar tempat untuk luahan hati dan untuk pembaca mengenali tuan punya blog ni dengan lebih dekat.dan berkongsi info untuk para pengunjung di sini. Kalau baca dari awal dapat la sedikit sebanyak maklumat untuk membantu pembaca pembaca blog ni..
cer tengok!!...



Sunday, September 9, 2012

Berjaya keluarkan "100 entries"

Alhamdulillah...

Diam tak diam, bagai menunggu bulan jatuh ke riba..heh..pahal plak peribahasa bagai ni... diam tak diam blog kita da berjaya keluarkan 100 entries.. hari ini baru perasan posting ni yang ke 100.. 

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah... ucapan macam naik stage kira menang award anugerah bintang popular bagai..hehehe.. 

Walaupun baru berusia setengah tahun blog ni tapi tak sangka dah berjaya keluarkan entry banyak ni..walaupun bagi mereka entry ke 100 tu apa la sangat..

Nak nak bagi yang blog yang da femes memes yang folower ramai tu tak kisah sangat la kan..mesti entries da beribu riban ni..

Nampak sangat kita ni jarang hupdate belog ni, sampai amik masa setengah tahun baru dapat seratus entries...hahhahaha..

Blog ni entry ke 100 dan pengikutnye pun tak kurang hebatnye, seramai 370# hikhik.. walaupun jumlah yang kecil tapi kita tetap bersyukur sebabnye ramai readers kita yang menghargai penulisan kita walaupun cacar merba sekali..

Terima kasih yang tak terhingga, kepada mereka yang menyokong kita, yang sudi terjah ke blog ni, yang tagging kita tu join segmen segmen korang, yang mengomen gomen kat sini..hihihi.yang follow kita tu,yang support kita, yang belakang tabir tu..terima kasih bebanyak.. jasa anda tak dapat dibalas..

sob..sob.. nak nangis bagai rase..

Di sini saya sertakan mereka yang menyenaraikan saya di bloglist beliau.. secara tak langsung memperkenalkan saya pada blogger blogger lain..sayang anda semua..kikiki..

Ini jela yang sempat saya list kan. terima kasih buat mereka..jika ade yang tertinggal mohon  bgtau yer. mungkin saya terlepas pandang..harap di ampun.. mana mana yang nak tambah kita di bloglist anda pun di alau alukan..saya akan masukkan anda dalam bloglist saya jugak ;-).. mohon di beritahu yer..

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan..tak tahu nak cakap ape dah.. moga belog ni terus dikunjungi dan   mendapat ramai readers.. :-)

hugs korang semua..love you..







Thursday, September 6, 2012

Bloglist HASRULHASSAN.COM | 200 Blog Terawal Sahaja!

Nak tau tak, tak rugi tak join bloglist blog ni tau...

Blog yang sangat femes, mungkin ia akan menaikkan rating blog anda, mane tahu kan??

cuma ianya terhad, so sape cepat dia dapat..


Klik banner...terjah beliau!!

Tak tahu nak describe macam mane tentang blog beliau, banyak la info pasal dunia blogging ni.

ape kata anda terjah blog beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

tadaaaa... 



nak menikmati masakan kue teow bandung sekejap..jom..!!