Bismillahirrahmanirrahim.........
Jangan tertarik kepada
seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula
tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada
seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat
membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti
itu.
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke
tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu
hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang
ingin kamu lakukan.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain
dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di
beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu
meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai
kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang
belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang
yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterimakasih atas kurnia itu.
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam
untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi
diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki
keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.
Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau
mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah
mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya.
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia
akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai
cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta
tumbuh di hatimu.
Sekian~~~~
5 bakal falsafah:
wslam.. ok, bisa boleh di tolong.hehe.
TERIMA KASIH Nor Zilla sebab sudi tolong pilihkan blog mana paling best. InsyaAllah, dalam entri "Next Top Blogger - Episod 6" Khamis ni saya akan perkenalkan blog kamu ini nanti. TQ.
wah, tq Awie... suka3.hehe..xsabar nak tgu.
Assalamualaikum, empunya Blogger.
Jokeonsalo dengan sukacitanya menjemput kamu untuk menyertai "Kempen anti Valentine's Day" bersama jokeojeonsalo.blogspot.com.
Diharap agar kamu berkesudian untuk menyertai kempen ini. Berminat?
Mari lihat cara-cara untuk menyertai kempen di http://jokeojeonsalo.blogspot.com/2012/02/kempen-anti-valentines-day.html.
Singgah ke sini sebentar. Nak jemput tengok entri ini.
http://awieomar.blogspot.com/2012/02/next-top-blogger-1-episod-6.html
terima kasih kerana bersama NTB1.
Post a Comment