ASSALAMUALAIKUM...
Lama sudah tidak mengudapte belog ini, sampai sudah naik sesawang...huhuhu. seperti entry sebelum ini cakap nak update pasal kengkawan rapat yang baru sahaja melangsungkan pertunangannya baru baru ini. Beliau merupakan salah seorang teman rapat aku tau...tau..tau, kalau nak tahu aku ada 5 orang kengkawan yang aku rapat sesangat..
Kalau pergi window shopping sampai nak patah kaki... sampai beg plastik tak cukup jari jemari nak pegang... aku dengan diorang la. Kalau aku ada masalah besar bapak,samapi nangis nangis, sedih mengenangkan nasib, diorang la tempat aku rujuk dan luahkan masalah. Bila kitaorang sama sama gaduh, mesti salah seorang ahli antara group aku ni yang akan menyelesaikan masalah. Gaduh gaduh dan pujuk memujuk dah jadi perkara biasa dalam persahabatan aku ni.
Tapi bila semua da gaduh, camne??? hmm...aku tak doakan persahabatan aku ni akan berakhir dan bercerai berai. So far, alhamdulillah kami semua masih bersama. Cuma sekarang masing masing dengan kerjaya masing masing..dan ada antara kami yang duduk jauh demi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak nak bantu keluarga.heh.
Kami 5 orang ni dah macam adik beradik dah, kalu nak keluar jalan jalan mesti salah seorang antara kami yang akan bersama jika yang lain sibuk berkerja.. dan aku tak segan nak cakap yang aku rindu kat member member aku ni...sob...sob...sob.. sedih nya da lama kami tak duduk bersama macam dulu dulu..maklumla semuanya sibuk dengan hal masing masing...
Time ni semua member member belum di ikat lagi.. so everyone totally single..heh. dua orang lagi tak dapat nak join time ni.. hmmm.
Diam tak diam masa begitu pantas berlalu, masing masing dah mengikat tali pertunangan dan salah seorang member ku sudah pun berumah tangga...kini sudah bergelar isteri mithali..hahaha.. asyik melekat dengan suami dia jer..tak ape la aku bagi peluang itu, tapi time reunion kitaorang pastikan semuanya ada..heh.
Fokus member yang bertunang sahaja ok. So crop le member member lain termasuk aku... member aku yang ni payah cikit nak bersama sebab bertugas di tempat jauh.. time event or hari hari penting jela dapat jumpa kot...heh.
Time ni selepas pergi kenduri kahwin, terpaksa bekejar kejar nak pergi majlis tunang dia. Member aku yang ni tersangat la sporting..even kat depan ni time tu penuh dengan manusia manusia.. aku paksa member aku dan aku sekali buat candid..tapi ini je yang jadi.. ketar lutut beb time ni..hahaha
Seriously aku cakap, tanpa persahabatan kita tak akan maju dan berkembang. kalau asyik duduk kat rumah je makan minum tido..ape kejadahnya yang aku dapat..adlist ada member ni boleh la jugak ajak berbincang kongsi kongsi masalah... nak pinjam duit time poket kosong ke... nak pergi shopping ajak teman ke..tak adela asyik bergantung pada boypren je kan.. bab kata, persahabatan tu sangat penting la.. so hargai la kawan kawan kita...