Sebelum nak post gambar ni, jom layan dulu twitter dari seseorang istimewa ni. sape tak kenal beliau kan? ratu belog kot yang famous ames tu... semalam buka twitter, tak sangka plak si Lyssa Faizureen ni folow aku punya twitter..ha nampak tak? hehehe.
Tapi aku takde la aktif sangat kat twitter tu. Ape kata Lyssa folow plak kita punya belog? huhu. tu pun kalau dia bace la..
*********
Selesai sudah permulaan jom layan santapan yang ni plak. harap harap kenyang la makan ni..hehehehe.
Sebelum ni aku ade pernah cerita pasal member member kamcing aku ni kat dalam belog ni.
Ha cerita pasal semuanya da kena ikat oleh seseorang yang berjaya mencuit hati diorang ni. terjah kat sini She's Already Booked
Diorang ni kawan kamcing aku dari bolat bolat kecik sampai kaki diorang semua da lonjong da. memang tak dapat dipisahkan.kikiki
So time cuti baru baru ni, sorang lagi plak sudah di 'booked'. So kitaorang pun sibuk la menguruskan majlis gegirl ni..
Just siapkan gegirl ni secara simple. tuan empunya nak yang simple aje..
Amik aura cikit..nanti mane tahu turn kita plak kan? kan?
Ok..nampak tak iklan colgate di situ? mane satu gigi colgate? nasib aku tak.hahaha
Nampak tak keakraban dan kepelukan di situ..eh, ade aku kesah! kami lama da tak jumpa tau satu sama lain ni. masa time cenggini la dapat bersama sakan..hihihi.
Bukan main lagi ko Esah, orang ade majlis nak kena langsaikan tu, kitaorang sibuk je nak bergambar...mintak maaf wakil pihak lelaki kerana terpaksa tunggu lama kasi tunang you lambat keluar.hehe.
Haipp... sambil sambil majlis ni berjalan, dalam hati aku begitu tak tenang..huwaaa...sorang da kena amik, aku ni bila lagi?? tak de yang mencuit hati ku kah? ececece.~~ mood sedih
Takpe takpe, bagi laluan kat diorang dulu..nanti aku akan menyusul.hehehe. banyak lagi gambar nak upload, tapi lembap plak nak loading..so layankan ini aje la..hehehe.
*******************
p/s: Doakan jodoh saya cepat sampai ea..kemain lagi noks..hahaha.. doakan yang baik baik untuk saya dan rakan rakan jugak.