Pages

Ads 468x60px

Sunday, November 18, 2012

[Entry Bergambar]Cuti Cuti cinta


Sebelum nak post gambar ni, jom layan dulu twitter dari seseorang istimewa ni. sape tak kenal beliau kan? ratu belog kot yang famous ames tu...  semalam buka twitter, tak sangka plak si Lyssa Faizureen ni folow aku punya twitter..ha nampak tak? hehehe.



Tapi aku takde la aktif sangat kat twitter tu. Ape kata Lyssa folow plak kita punya belog? huhu. tu pun kalau dia bace la..



*********



Selesai sudah permulaan jom layan santapan yang ni plak. harap harap kenyang la makan ni..hehehehe. 

Sebelum ni aku ade pernah cerita pasal member member kamcing aku ni kat dalam belog ni. 
Ha cerita pasal semuanya da kena ikat oleh seseorang yang berjaya mencuit hati diorang ni. terjah kat sini She's Already Booked 

Diorang ni kawan kamcing aku dari bolat bolat kecik sampai kaki diorang semua da lonjong da. memang tak dapat dipisahkan.kikiki

So time cuti baru baru ni, sorang lagi plak sudah di 'booked'. So kitaorang pun sibuk la menguruskan majlis gegirl ni.. 

Just siapkan gegirl ni secara simple. tuan empunya nak yang simple aje..



 Amik aura cikit..nanti mane tahu turn kita plak kan? kan?



Ok..nampak tak iklan colgate di situ? mane satu gigi colgate? nasib aku tak.hahaha



Nampak tak keakraban dan kepelukan di situ..eh, ade aku kesah! kami lama da tak jumpa tau satu sama lain ni. masa time cenggini la dapat bersama sakan..hihihi.



Bukan main lagi ko Esah, orang ade majlis nak kena langsaikan tu, kitaorang sibuk je nak bergambar...mintak maaf wakil pihak lelaki kerana terpaksa tunggu lama kasi tunang you lambat keluar.hehe.



Haipp... sambil sambil majlis ni berjalan, dalam hati aku begitu tak tenang..huwaaa...sorang da kena amik, aku ni bila lagi?? tak de yang mencuit hati ku kah? ececece.~~ mood sedih

Takpe takpe, bagi laluan kat diorang dulu..nanti aku akan menyusul.hehehe. banyak lagi gambar nak upload, tapi lembap plak nak loading..so layankan ini aje la..hehehe.



*******************




p/s: Doakan jodoh saya cepat sampai ea..kemain lagi noks..hahaha.. doakan yang baik baik untuk saya dan rakan rakan jugak.







Saturday, November 10, 2012

Trending ASK2012: Perkara yang menggelikan hati


Hanya nak papar kan kisah yang mencuit hati di sebalik ASK 2012. ramai yang mengadu tidak puas hati dan membosankan seperti menonton rancangan kanak kanak. papepun layan trending di twitter..hahahaha





Trending ASK 2012 di twitter sampaikan ada yang menyangka ASK tu adalah ASK.fm

Stage nampak kecil apabila lambakan pelakon di atas stage dalam suatu masa.


Perli salah satu tweet mengenai Anugerah Skrin 2012

Ayat Neelofa sewaktu memainkan peranan sebagai puteri... tidak teguh dan selari dengan panggilan Awal Asshaari yang memanggil Ayahanda..

Perjalanan ASK2012 yang dikatakan membosankan..

ASK2012 menjadi trending di twitter seluruh dunia...


Watak Cermin sakti yang dibawa Abon..


ASK mula berseri apabila kehadiran penyampai2 anugerah yang berkarektor cerita2 fantasi..


Apabila melihat gelagat Adi Putra & Rita Rudaini di atas pentas ramai gadis yang mencair..


Aksi Zizan yang Mencuit dan menghiburkan...

Petikan kata2 dari Pierre Andre


Lawak daripada Rosyam Nor yang mencetuskan Kontroversi...

Mendapat reaksi dari UAI sekali..hehehe








shhhhh..lepas ni senyap kembali..nah..
update je terus pasal anugerah ASK
ko hader??..kikiki



kredit-selongkar-




Sunday, November 4, 2012

Papa Blogger Haru Biru


Mula mula, saya nak guling guling keriangan dulu.. ^_^ 
selama berblog yang belum setahun jagung lagi, 
jagung pun tak boleh rebus dan makan lagi kalu diikutkan dengan usia blog saya ni
saya rase teramat la terharu...sambil sambil guling macam kucing siam haru biru ^_^

arghhh...tak tahu nak cakap ape..hahaha..
al kisahnye, terima kasih tak terhingga kepada Papa blogger
diatas kesudian beliau menjunjung kasih...eh! main junjung kasih la plak.
terima kasih tak terucap kerana beliau sudi mengorek rahsia blog kita yang tak seberapa ni.*_*



tak tahu macam mane nak ungkap, arghhhh.. 
payahnye nak cakap, biarla tangan berbicara..hehehe
tak sangka beliau memilih blog ini sebagai pilihan hati beliau T_T

ni bukan ape, Papa blogger ni ade masuk segmen yang dianjurkan oleh seorang blogger ni
blogger ni memang terkenal dengan segmen yang mencabar dan konsepnye lain dari yang lain
dulu saya pun pernah la join segmen ni, NEXT TOP BLOGGER 2  
segmen ala2 model next top gitu..kikiki
tapi saya kalah ditengah jalan..nak wat camne rezeki takde nak bergelar pemenang..hehehe.

tapi tak sangka Papa blogger merupakan salah seorang peserta terpilih 
untuk segmen ketiga beliau iaitu Battle Royale..
tak tahu la segmen tu berkisarkan ape tu kan sebabnye tak join..hehehe
tuan segmen tu meminta peserta Battle Royale ni
memilih bekas bekas peserta yang sebelum ni 
untuk diperkenalkan..hmm..agak menarik.ecece.

Dan Papa Blogger berkenan hati telah memilih blog serba kusam kuyu dan tak menarik ini
sebagai pilihan dihati.. ^_^. ade lagi bekas peserta pilihan beliau..
terima kasih tak terhingga sekali lagi kerana sudi pilih blog ini
saya tak layak lagi di gelar otai..masih jauh dan banyak lagi yang saya perlu belajar ^_^
walaupun ramai lagi bekas perserta lain yang lebih menarik..

saya terharu sangat bagai ayam mengeram telur...*_*

Semoga Papa Blogger berjaya menang dalam entry ni
dan menang ke peringkat seterusnye, 
sekali gus menjadi juara...InsyaAllah.



p/s..header kita memang tak bole kopipes kan? ^_^.






Martabatkan Bahasa Melayu

             
Malam tadi berlansungnya pertandingan Persembahan Lagu Melayu(PALMA) di Auditorium Perdana, Angkasapuri.. Pertandingan ni dibuka khusus kepada warga negara luar untuk mempertandingkan bakat mereka dalam membawakan lagu-lagu Malaysia dengan lirik berbahasa Melayu. 

Untuk pengetahuan anda, penganjuran PALMA 2012 ialah yang untuk tahun kedua selepas kejayaan penganjuran pada tahun lepas. Seperti tahun sebelumnya pertandingan ini hanya terbuka kepada peserta bukan warganegara dan ia mendapat maklum balas positif daripada warga asing yang terdiri daripada pekerja kedutaan dan suruhanjaya tinggi, perwakilan negara luar termasuklah yang sedang berkhidmat di sektor swasta serta kakitangan dan pelajar pusat pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS).

Sungguh tak sangka, ramai yang berminat memasuki pertandingan ini. Warga asing pun bole menghormati bahasa kita. Sekarang ramai orang kita sendiri duk bercakap guna bahasa rojak.hmm. Sama sama la kita memartabatkan bahasa melayu...termasuk la aku..ngeh3


Hebatkah mereka menyanyikan lagu lagu melayu?? saksikan prebiu mereka di bawah ini..         



                     
Sampaikan ada peserta yang nyanyi lebih baik..huhuhu



-cpbn-