Pages

Ads 468x60px

Tuesday, June 26, 2012

TIPS:CARA NAK JADI ISTERI SUPERB!!

Assalamualaikum...

Hari ni tetiba nak citer pasal hal rumahtangga...even aku pun belum kahwin tapi tips ni aku rasa sangat lah berguna bukan untuk yang dah kahwin saje tau, tapi untuk mereka yang belum dan bakal berkahwin jugak.

Kalau diperhatikan sekarang ni hari hari banyak kita dengar kes keruntuhan rumahtangga ni. even yang dah kahwin berpuluh puluh tahun pun boleh bercerai berai( maaf tak ade niat nak tuju kat sesiapa). Tapi mari kita sama sama betulkan.. Kalau itu berpunca daripada kesalahan wanita mari kita sama sama perbaikinya ke arah yang lebih baik. 
  
Wanita atau kaum isteri haruslah Kurangkan leteran



Ya, inilah kegemaran golongan para isteri kini. Dengan tekanan yang sangat mendesak di pejabat, ditambah pula keadaan yang sangat mendera di rumah, kita telah menggunakan kaedah berleter bagi melepaskan tekanan. Sebenarnya, leteran bukanlah menghilangkan tekanan.

Seorang isteri yang berleter sebenarnya sedang memindahkan tekanannya kepada seisi keluarga. Sekiranya ini berlaku, hal ini bermakna seisi keluarga sedang berada dalam keadaan tertekan. Sekiranya tekanan dipendam, maka ada kemungkinan satu hari kita akan terdengar ledakan bomnya.

Jadi, bukankah baik sekiranya tekanan itu dilepaskan dengan teknik yang lain. Apa kata jika anda menggunakan kaedah berlemah lembut, iaitu dengan berlucu, namun menyengat sanubari sasaran kita.

Di sini disertakan beberapa contoh situasi agar pada masa hadapan, anda boleh berfikir secara kreatif cara menggunakan kata-kata lucu untuk menegur.

i. Suami meletakkan pakaian dan stokinnya di merata-rata tempat setelah menanggalkannya;
"Apa kata kalau sayang tak nak basuh baju abang kalau abang tak letak baik-baik baju abang di tempatnya. Aci tak?"

ii. Hari minggu, suami tidur semula sesudah solat subuh sedang-kan rumah penuh dengan aktiviti yang wajib dilakukan;
"Apa kata kalau abah bangun, mandikan anak dan suapkan anak-anak. Tadi umi dah masak. Nanti malam karang, umi mandikan abah selepas umi suap abah. Boleh?"

iii. Suami enggan membersihkan anak yang telah membuang air besar di dalam lampin pakai buang. Mungkin dia geli;
"Takpe kalau papa tak mau basuh tapi cuba papa fikir, kalau mama pergi dulu, papa pula sakit. Tak boleh bangun sendiri. Sapa ya yang nak basuhkan berak papa?"

iv. Anak anda malas membaca buku tetapi gemar menonton televisyen;
"Mana ya adik letakkan buku sekolah adik tadi? Cikgu adik pesan suruh mak bagi kat televisyen tu suruh dia buat kerja sekolah adik. Satu lagi, adik tak boleh keluar rumah petang ni untuk main di padang sebab adik dah langgar larangan mak jangan tengok TV selagi kerja sekolah adik tak selesai.
Maklumlah, TV kan tak pandai buat kerja sekolah!"

Selain teknik di atas, anda juga perlu masa yang sesuai untuk bersendirian dengan orang yang anda ingin leteri. Masa ini, berbicaralah dari hati ke hati supaya dia memahami perkara yang anda katakan adalah untuk kebaikan dirinya juga. Insya-Allah mereka akan faham jika anda menyampaikan rasa hati anda dengan tepat.




Sekiranya mereka telah membantu anda, janganlah mengharapkan sesuatu yang maksimum daripada mereka. Hal ini juga menyebabkan mereka bosan untuk membantu lagi kerana buat salah, tinggalkan pun salah. Jadi, mereka memilih untuk meninggalkan sahaja tugasan itu. Bukankah ini lebih merugikan. Sekiranya kerja mereka tidak serapi mana sekalipun, ucapkanlah terima kasih dan hal ini akan membangkitkan rasa suka mereka untuk membantu anda pada masa lain.


Harap tips ini dapat membantu anda...maceh









2 bakal falsafah:

Yaya Azura said...

setuju semua di atas!lelaki nie aneh sikit..kadang nak kena ugut, kadang nak balasan..ish..ikut saje la rentak dorang..hihi

Nor Zilla Sensei said...

betul 2 kak.. ikut rentak diaorang xpe, asal kita suka.hehe