Ads 468x60px

Thursday, May 3, 2012

AKU DILAHIRKAN SEBAGAI PEREMPUAN....



Entry ini dicipta khas untuk segmen NEXT TOP BLOGGER 2..
Akan aku cipta sebuah karangan untuk memperihalkan tentang diri aku untuk dapat kan IMUNITI..(Cewah ayat tak leh belah)

**ada ker orang nak baca karangan aku nanti ni** time skolah dulu pun bukan main lagi, kalau bab2 karangan memang aku failed.!! jem otak nak pikir kan ayat panjang panjang. Dengan terciptanya ayat ni membuat kan aku teringat balik kenangan aku di denda dalam kelas kena pukul dengan pembaris di jari tangan sebab tak siapkan kerja skolah BM... aduhhh memang sakit giler sampai berdarah jari aku.memang aku ingat sampai sekarang nama cikgu tu.hahahaha. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku bersyukur dilahirkan sebagai perempuan, aku suka perangai aku yang manja manja ni(gediknya) sebab tu aku diberi nama Nor Pazilla Deraman. Aku mula di kenali ramai dengan panggilan Zila(Sensei),(nama lain tak di kenali ramai)hahaha. Hmm umur aku sekarang da separuh remaja iaitu da 25..remaja lagi ker !!! agak nye la. Aku dilahirkan Di Kuala Terengganu, Terengganu(orang ganu kite upanya)cakap loghat teganu kan payah plak nak explain kat korang..hehehe. 

Syukur alhamdullillah lepas habis belaja selama bertahun tahun dari sekolah rendah, menengah aku akhirnya lulus juga dan dapat menyambungkan pelajaran di peringkat Ijazah di UITM Shah Alam dalam jurusan Quantity Surveyor. Lepas tamat belaja tak lama jugak la aku duduk umah dan kata tak lama jugak la aku tanam anggur.... (mengganggur).

Selama lebih kurang 2 bulan tanam anggur aku akhirnya dapat tawaran berkerja sebagai Executive dalam bidang Oil and Gas sampai sekarang aku duk deal ngan client pasal nak jual beli minyak nak pegi jual kat pasaran gelap..jangan salah faham hanya deal pasal projek jer yer..hahahaha.

Bila masa lapang aku gemar dengan aktiviti harian aku iaitu memasak, aku akan cuba apa jua resepi yang aku rasa nak buat.. cuma rajin dengan malas jer.. nak nak time free je,  aku selalu jenguk blog DAPUR TANPA SEMPADAN ni. Sejak aku mula berblog awal tahun 2012 ni, ni lah antara blog pilihan aku...ngehh.. 

Aku gemar akan warna Biru dan Purple, kerana ia membuatkan aku rasa tenang aman dan damai..heh. Dengan kedamaian itu tambah pulak dengan masakan yang aku masak sambil menonton rancangan yang aku suka sekali iaitu Jalan Jalan Cari Makan membuatkan air liur ku jatuh bercucuran ke bumi.. marbellous..heh. peribahasa apa aku pakai ni.!!yuk..

Kalau la aku ada peluang dapat masuk hutan perkara yang aku nak bawak sangat ialah ubat nyamuk..(dalam hutan mana boleh manja manja da cik adik oiii.. eeee)..tak boleh bawak tu la..

hmmm yang aku nak bawak masuk dalam hutan sangat ialah pisau pelbagai guna 2 kot..ape ea, pisau lipat banyak banyak tu..haaa. yang 2 la kot aku nak bawak..boleh buat pelbagai guna.. survivor la katakan...heh. hahahaha..


***karangan yang tak berapa nak lulus.. dapat imuniti kah???***




13 bakal falsafah:

[PCL] said...

salam kenal genk NTB2..harap2 awak dpt imuniti, sokong dgn follow blog awk buat permulaan di sini...tq.

Nor Zilla said...

hehehe... harap2 awk pun dapat jugak..

Cik FaRiZaM said...

insyaAllah dapat imuniti....i pon sokong by following ur blog :D

Nor Zilla said...

WAH..TQ CIK FARIZAM

Rozuan Ismail said...

all the best

Cik Puan Muda Umi said...

dari segmen yg sama..salam kenal..;)

Allya Syahirah Riff said...

baca biodata awak. all the best. dri segmen ntb jugak! :D

NisaAdnan said...

hye org ganu! Good Luck yee :)

Awie Omar said...

TERIMA KASIH sebab buat tugasan ni ye :D

Muhammad Yunus said...

All the best peserta NTB 2....

http://mohdyunus89.blogspot.com/2012/05/program-integrasi-nasional-pertukaran.html

Nor Zilla said...

wah... tq sebab bg sokongan..sayang anda semua.

Awie Omar said...

INFO TERKINI
Terdapat segmen KAUNTER PERTANYAAN
akan bermula dalam EPISOD 3 NTB2.
Peserta boleh tanya apa yang tidak
faham berkaitan dengan game ini
di kotak komen entri NTB2. Jawapan
dari setiap pertanyaan akan dijawab
dalam setiap episod NTB2 (jika ada).
Teruskan berbloging :D

penyuluh perikanan said...

sebuah Entry yang bagus,luar biasa, sayangnya kamu ini perempuan, kalau laki2 pasti ganteng seperti saya....hehehe....untuk saja perempuan maka cantik ....