Pages

Ads 468x60px

Sunday, June 3, 2012

"OH GILER AH, CANTIKNYERRR"


Alhamdulillah, kita semua dikurniakan kecantikan masing masing dan pasti ramai yang tahu kecantikan luaran terpancar daripada kecantikan dalaman seseorang itu. Kalau dalamnya putih bersih maka luarnya pun putih bersih la dan sebaliknya. Korang faham faham jela kan. sebab bagi aku semua orang cantik dan ada kelebihan masing masing.

Aku pun tak terlepas pandang benda yang cantik, mula la ayat ayat eksotik aku terpacul dari mulut "oh giler ah, cantiknya pompuan tu, ee kalu aku dapat la kn....eee..im not lesbo ok!!... sudah fitrah manusia sukakan benda cantik.

Tapi, perlu ke cantik tu?? bagi aku cantik itu terlalu subjektif. secara umum cantik itu meliputi pelbagai aspek. Bukan cantik itu pada manusia sahaja, tapi pada benda benda di sekeliling. Aku juga selalu keliru, bila lelaki melihat dan memilih wanita pada kecantikan. Apakah erti kecantikan di mata lelaki sebenarnya?? what a confiuses..omo. ala, laki kan, mesti nak cari cantik cantik, kalau tak jatuh la standard diorang...heh. betul ker??

Kecantikan wanita bukan la pada pakaian yang di pakai, seharusnya kecantikan harus di lihat pada mata, bab kata pepatah orang orang muda, (guna orang muda la pulok...ecece) dari mata turun ke hati kerana ditempat itu  lah adanya cinta.

Kita tak boleh sewenang wenangnya nak menghina rupa yang dimiliki oleh seseorang jika ia tidak kena pada mata kita. Apa saja yang dijadikan Allah sudahpun cukup cantik dan sempurna.

Tapi itulah kelemahan manusia, hanya nampak kecantikan luaran dan KECANTIKAN itu adalah sangat penting. Memang diakui kelihatan cantik itu perlu, tapi amalkan dalam kesederhanaan.




Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita di inginkan lelaki yang baik....








2 bakal falsafah:

Awie Omar said...

Cantik di dalam yang lebih di cari. Apapun terima kasih bersama kami di NTB2 :)

Nor Zilla Sensei said...

betul3.. thanks bg peluang kita join NTB..