Malam tadi berlansungnya pertandingan Persembahan Lagu Melayu(PALMA) di Auditorium Perdana, Angkasapuri.. Pertandingan ni dibuka khusus kepada warga negara luar untuk mempertandingkan bakat mereka dalam membawakan lagu-lagu Malaysia dengan lirik berbahasa Melayu.
Untuk pengetahuan anda, penganjuran PALMA 2012 ialah yang untuk tahun kedua selepas kejayaan penganjuran pada tahun lepas. Seperti tahun sebelumnya pertandingan ini hanya terbuka kepada peserta bukan warganegara dan ia mendapat maklum balas positif daripada warga asing yang terdiri daripada pekerja kedutaan dan suruhanjaya tinggi, perwakilan negara luar termasuklah yang sedang berkhidmat di sektor swasta serta kakitangan dan pelajar pusat pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS).
Sungguh tak sangka, ramai yang berminat memasuki pertandingan ini. Warga asing pun bole menghormati bahasa kita. Sekarang ramai orang kita sendiri duk bercakap guna bahasa rojak.hmm. Sama sama la kita memartabatkan bahasa melayu...termasuk la aku..ngeh3
Hebatkah mereka menyanyikan lagu lagu melayu?? saksikan prebiu mereka di bawah ini..
Sampaikan ada peserta yang nyanyi lebih baik..huhuhu
-cpbn-
29 bakal falsafah:
tak sangka bahasa melayu pon popular gak kat peringkat antarabangsa
comelnya mereka-mereka itu
pernah dengar debate
dan wow...sangat kagum
hmmm.. bagus ni. bahasa jiwa bangsa...
skang ni kerajaan mmg giat memartabatkan bhasa melayu...n tuk english lak memperkukuhkan.......
hehe..suare pon best2..:)
kekangan yang ada ketika ini ialah dunia pekerjaan semuanya mementingkan penggunaan bahasa Inggeris, tak suka english -.-" even ingin ke ijazah sarjana muad perlu ada sijil MUET band 3
*muda
aah kan..tak sangka ramai jgk minat masuk pertandingan tu :-)
ramai org luar yang join.tanda sokongan pd bhasa melayu
bagus kan kak mia.. memartabatkan lg bhs melayu:-)
tapi kat skolah n universiti pun kena memartabatkan bhs melayu jgk..utk subjek english je br guna,, cara tu br betul
dengar diorang nnyi pun tergelak2 seronok.huhu
ooo skrg nak masuk ijazah SM tu da kena band 3 ea muet. dulu xde kot kira camtu.
Wah...Tak sangka ramai yang berminat nak dengan Bahasa Melayu kan...Bangga rasanya jadi rakyat Malaysia...
as salam
akak pun tengok mlm tadi..tak sangka kan diorang ni :)
Indahnya bahase melayu :)
Program yg sgt baik
Sonok tgk negara lain boleh berbahasa melayu :)
bangga bila tengok yg bukan melayu terer cakap melayu
sangat berbangga jadi org melayu :)
Bahasa Melayu adalah bahasa yang tersenang di dunia ni dan bahasa yang paling banyak mempunyai kiasan dan peribahasa yang begitu indah .. tak percaya google je
alaaa sayangnya x tau program nie.. sibuk layan mc musim 2 & pernikahan Fd kat astro...
tahniah rtm kerana cuba memartabat bm
Xkan melayu hilang didunia.., rasa2 ramai X org bangla join contest lagu nii.. ekkehh
Ada juga pertandingan pidato BM anjuran UIA utk pelajar asing. Sayangnya bangsa Melayu sendiri tidak mahu memartabatkan BM...alangkah rugi!
Memang terbaiklah diorang ni.. Sangat-sangat kagum.. Tahniah...
jangan terkejut bila tiba masa bahasa melayu diorang lagi sedap didengar daripada bahasa melayu yg remaja kita gunakan skang..
hihi..macam-macam gelagat..tapi mereka cuba nak belajar bahasa kita kan..
OKje pun tumpang bangga jugak sebab sebahagian dpd warga malaysia ni...
orang melayu makin gune bahase bebukan. terutame di fb....saye jadi sayew....suke jadi sukew....huhuhu
Betul-betul ...... kita kene martabatkan bahasa kita...kalau bukan kita siapa lagi ?
Post a Comment