Pages

Ads 468x60px

Tuesday, December 27, 2011

BILA DIRI CURANG DENGAN CINTA.......

Sekiranya kamu dapati dirimu
menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih. 
Tiada salahnya menyintai seseorang kerana 
Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang. 
Sekiranya kamu dicintai oleh
seseorang yang tidak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan 
penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. 
Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan. 
Bagaimana kamu mengurus cinta
begitulah kamu mengurus dirimu dan setiap hati dan perasaan 
mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita
mengendalikannya berbeza.. 
Sekiranya kita bercinta dgn
seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, 
tiada siapa yang harus dipersalahkan, 
relakanlah cinta itu pergi. 
Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.. 
Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti. 
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. 
Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa 
Apabila ia datang mengetuk pintu hati mu
Terimalah kehadiran cinta itu dgn segala misteri di dalamnya
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia 
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri 
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu... 
Semoga semua dapat bertemu dgn cinta yg sejati dan jujur....


Insya Allah.................................























*Tajuk entry di atas tidak ada kena mengena dengan yg hidup atau yang mati,apatah lagi dengan hal peribadi~~~ sekadar satu tajuk entry....


3 bakal falsafah:

r-5 said...

wah sungguh berinspirasi entry ni.. terus rasa nak follow.. hehe. sangat benar, cinta itu buta bukan boleh dipilih atau dipaksa.. ;)

Nor Zilla Sensei said...

thanks r-5, u folow i, i folow u.hehe.

Unknown said...

insyaAllah..