Ok, sekarang aku nak buat entry untuk kasi petua kat mereka2 yang xde keyakinan dan yang ingin kekal cantik. Anda bolehla jenguk2 kt bawah tu n rajin2 la membaca ea.
tetapi, untuk mereka yang nak cantik, syaratnya harus la rajin amalkan petua ini untuk mendapatkan hasil nya.
Selamat mencuba yer..
(~sesungguhnya yang baik itu datang nya drp Allah~)
Kasi Badan Ringan Dan Bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Nak serikan lagi Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
Menghindari Penyakit Kulit
Jika terlalu banyak tidur pada siang hari adalah dikhuatiri boleh mendatangkan penyakit-penyakit kulit. Oleh itu elakkan dari banyak tidur di siang hari.
Melebatkan Rambut
Masukkan air yang betul-betul sejuk ke dalam lubang yang ditebuk pada batang pisang yang telah ditebang. Selepas beberapa ketika dimasukkan ke dalam lubang, air itu diambil dan gosokkan di kepala. Atau anda lubangkan tunggul batang pisang yang ditebang. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya anda akan dapati ia dipenuhi dengan air yang sangat sejuk. Ambil dan sapukan air tersebut pada rambut. Buatlah tiap-tiap hari, InsyaAllah berkesan.
Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Naikkan Seri Wajah
Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.
Menghilangkan jerawat kat muka.
Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Merawat Kulit Berkedut
Petua : Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Kuku kaki cantik
Rendam kaki dgn air suam yg bercampur garam. Biarkan kaki kering dgn sendiri dan sapu minyak zaitun.
Tumit Kaki Pecah
Jika tumit kaki pecah, ambil garam halus & campurkan dgn air perahan limau kasturi/nipis. Kemudian sapukan larutan tersebut pada bhg tumit yg
pecah. Amalkan selalu.
Putihkan Gigi
Campur sedikit garam halus pada ubat gigi yg hendak anda gosokkan pada gigi setiap pagi. Gigi akan kelihatan putih berseri. Selain itu, ianya
juga dpt menghindarkan dpd penyakit gusi & mulut.
~~~Sekiann~~
2 bakal falsafah:
bgus petua ni..adik manes..kalo nk shopping cotton..bole jenguk blog kte..bln dpn de giveaway..kalo trpilih dpt cotton & shawl..;)
Thanks yer. Ok kita da follow da, nak free je boleh x? hehehe.
Post a Comment