Ads 468x60px

Tuesday, March 20, 2012

LAGI LAGI ORANG NAK CULIK BUDAK

Sekarang agaknya musim demam panas kot kes orang culik budak budak ni. Boleh di katakan setiap hari terpampang berita di dada akhbar pasal orang giler(penculik) nak culik kanak kanak.. naik seriau aku baca berita ni.

Asal ke bodohnya manusia zaman sekarang ni(mood benci dan geram), memang xde akal langsung. Diorang tak pikir ke budak budak ni nak membesar dan melihat dunia macam kamuu jugak bodohhh!!(penculik).

Apa yang membuat aku hairan ni, kenapa kanak kanak yang menjadi mangsa sekarang. Apa yang diorang nak buat sebenarnya.. adakah nak culik sebab nak suruh mintak sedekah? nak mintak duit tebusan? Ya Allah, betapa sempitnya akal manusia ini.

Susah payah seorang ibu melahirkan mereka tapi dengan cara ini mereka balas jasa ibu mereka.. Kenapa orang bodoh ni nak buat dengan cara tragis tu jugak. yela aku lupa mereka ni memang orang yang xde akal. aku cakap pom buat penat jugak.

Pihak yang terlibat dalam menyiasat kes ini haruslah tegas dan menitikberatkan kes ini, hukuman berat haruslah di laksanakan supaya perkara ini tidak berulang lagi...agar kanak kanak di luar sana berasa selamat dan tenang.

Buat ibu dan bapa yang mempunyai anak, tolong la pantau anak anak anda. pastikan mereka sentiasa bersama dengan anda dan anak anda berteman nak pergi kemana mana. jangan ambil mudah dalam hal ni, kalau diikutkan penculikan ini berlaku adalah di sebabkan kanak kanak keluar tanpa di pantau, ibu -ibu leka dalam meminta anak anak keluar untuk membeli.

Ingat la wahai ibu, anak adalah anugerah terindah, janganla leka walau sesaat.


Ini adalah kes kehilangan terbaru..sebar sebar kan la. Di harap adik Fatihah selamat kembali ke pangkuan keluarga dengan keadaan sihat walafiat... sama sama la berdoa untuk keluarga adik Fatihah.


1 bakal falsafah:

Penyuluh Perikanan said...

sebaiknya budak tuh di awasi..... trims artikel yg membuat kita berfikir