Ads 468x60px

Wednesday, April 4, 2012

GARA GARA FESBUK, MARK ZULKERBERG TELAH ANIAYAI AKU.....


Worldless Wednesday...


Siapa yang tak tahu kewujudan fesbuk ni, dari anak kecik, remaja, dewasa, orang tua semua tahu akan fesbuk ni.... tipu la kalau ada lagi orang kat dunia ni tak tahu pasal fesbuk. Sedangkan anak yang baru lahir dan ibu masih dalam pantang pun sibuk berfesbuk sana sini, masih ingat ayat ni dalam salah satu iklan.hmmm "Fesbuk mak, mak bila lagi nak berfesbuk ni" lebih kurang macam itu la dalam satu iklan tu.heh...

Semua orang dah puja puja fesbuk ni, kalau satu hari tak mengadap benda ni tak dapat bernafas la.. penting sangat ke fesbuk ni.. ada apa dengan fesbuk?? Sejak tercipta nya fesbuk ni semua orang berlumba lumba nak buka akaun masing masing...heh.. tak ketinggalan anak sedara aku yang baru berumur 6tahun pun dah ada akaun fesbuk..kelahhh ko jah..hahahaha.


Kau tahu tak Mark, di sebabkan kau aku telah dianiayai dan di marahi oleh cik/En anoms di luar sana. Di sebabkan kau jugak aku terpaksa berhati hati nak post kan sesuatu dan mendeletekan semua pictures aku.(angkat dua dua tangan di bahu). Aku tak kisah sangat pasal tu, sebab itu pun untuk kebaikan aku jugak, tak adalah nanti gambar gambar aku di potosyok pulak oleh anasir anasir luar yang gatal tangan. Bagi aku fesbuk juga tidak selamat untuk diguna pakai...cehh padahal tangan sibuk je duk mengupdate di fesbuk (tetap nak guna) hmmm.. more......



Tapi ini lebih teruk lagi, disebabkan benda ni jugak ramai yang tak sayang nyawa gara gara sibuk duk melayan fesbuk.. ni lah dikatakan bahana berfesbuk. Di sebabkan sibuk layan fesbuk juga ramai yang meninggal dan sanggup bunuh diri.kebanyakannya berlaku sekarang adalah dari negara negara luar.

Syukur setakat ni masih belum dengar lagi rakyat kita yang sanggup menunjukkan kebodohannya bila menggunakan fesbuk ni.. tapi percaya la, walaupun tidak ada kes yang sampai sanggup bunuh diri, tapi masih lagi memberi keburukan pada kita. Terutamanya dari golongan suami isteri. Banyak kes suami/isteri curang bila masing masing ada fesbuk..macam macam la.heh.. nasib mak dan ayah aku tak pakai fesbuk...hmmmm


*Nak pakai fesbuk boleh, tapi berpada pada la.jangan sampai hal peribadi pun nak umum satu dunia...heh.