Ads 468x60px

Sunday, April 1, 2012

Rumah aku terputus letrik gara gara Earth Hour 2012

Salam readers..


Kalau yang masih tidak tahu malam tadi merupakan malam Earth Hour 2012. Apa itu Earth Hour? hmm.. untuk pengetahuan korang kita diminta bergelap selama 1 jam dan ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat di bumi mengenai perubahan iklim yang mungkin memburukkan lagi generasi masa depan kita


Kalau di ikutkan, malam tadi rumah aku telah terputus letrik, gara gara pencawang kat  KL telah ditutup untuk sokongan pada kempen ni, sampai tempiasnya terkena kat rumah aku,heh.. rupa rupa nya aku turut bergelap..hehe.. sebab nya aku nak sokong kempen Earth Hour. aku bergelap bukan selama 1 jam je, sebab jenis aku ni selalu tido awal.. kira aku sokong la earth hour..hehehe...eleh, padahal lewat jugak tido..heh..korang sokong tak?? 






Mungkin sesetengah orang enggan untuk menyertai Kempen ini, dengan melontar kata ianya tidak berkesan, tetapi kita sebagai pengguna Bumi ini haruslah sedar tujuan kempen ini di adakan adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai perubahan Bumi yang makin ketara suhunya sekarang ni.( hei apada, macam mengarang karangan plak aku ni.)..heh..


Untuk pengetahuan juga Kempen Earth Hour ni diadakan 31hb Mac pada setiap tahun.. Jadi ramai ramai la berpakat duduk dalam gelap yer, tak payah tunggu 31 Mac je, tiap tiap hari pom boleh sokong kempen ni..alangkah bagusnya.. jimat letrik dan tak berlaku pembaziran...heh.







* terima kasih yang menyokong



2 bakal falsafah:

Mia Liana said...

lahhh kesiannya... lagipun tengah earth hour... mia sokong juga...

Nor Zilla said...

kak mia sokong jugak ea..bagus2.hihi