Walaupun dua hari lepas perasmian pembukaan Olimpik London 2012 baru je berlangsung, namun sambutan pembukaannye masih lagi terasa, paling part aku suka tengok David Beckam bawa obor api naiki bot... encemnyerrr..T_T. sambutan yang amat luar biasa..dengan obor api nya tak silap guna 216 obor tau. igat kan satu je, memang kreatif dan cantik la..ohsem sangat..
Namun ini bukan la kisah yang aku nak sampaikan, sebaliknye kisah penembak negara kite iaitu Nur Suryani Mohd Taibi.. beliau merupakan satu satunye atlit yang sarat mengandung yang menyertai kejohanan Olimpik ini... tabik springgg la kat dia ni, beliau menggunakan semangat Malaysia Boleh dalam menyemarakkan lagi penyertaan beliau dalam acara menembak ini.
Nur Suryani
Namanya tiba tiba menjadi topik perbualan hangat di seluruh dunia, macam trending plak, apabila ramai mempersoalkan bakat dan keupayaan beliau dalam keadaan beliau yang kandungannye mencecah 34minggu.. bagaimana beliau bole lepas masuk olimpik?hmmm. tapi beliau tetap tidak mengalah, malah beliau berkata "Bagi saya, tiada apa yang mustahil. Ini suatu cabaran. Jika saya mengalah kali ini, saya kena tunggu empat tahun lagi. Mungkin, ketika itu, peluang untuk saya sudah tiada lagi."
Bila beliau menyertai olimpik ini, ramai pengkaji sukan di seluruh dunia ingin membuat siapa peserta yang pernah mengandung sepanjang sukan Olimpik di adakan. tapi malangnye tak pernah ade rekod... rasenye la..
Namun ade yang bagi sokongan dan ade yang mencemuh beliau, dan aku bangga dengan beliau dan ramai lagi yang memberi sokongan pada beliau... di bawah ni ade komen komen yang negatif dan positif bila beliau masuk pertandingan Olimpik ini..heh.
Kredit: RS
8 bakal falsafah:
suke dyer skrg..
kan.. bangga dengan dia :-)
Suami dia ada teman dia kn..tp xtau ka suami dia boleh duk perkampungan sukan atau tak?
Tp dia bersemangat waha..chaiyokk
aah husband ade tman dia, nak bg semangat kt dia. tp dia da kalah la kak zura.. pape pun congrat utk dia.
hebat nye.. =p
terharu plak dgr...
jalan2 sini singgah jenguk2 owner die..
hebat kan T_T
banyak komen untuk dia yek..
Tapi semalam dia pun dah terkeluar dari acara..
aah dia da terkeluar da, tp still bangga dgn pencapaian dia :-)
Post a Comment